Utusan Borneo (Sarawak)

‘Andainya Takdir’ isi slot Samarinda pada Ramadan ini

-

‘ANDAINYA Takdir’ adalah sebuah drama bertemakan kekeluarga­an dan kasih sayang 16 episod yang akan menemui para penonton setia slot Samarinda TV3 pada Ramadan kali ini.

Drama yang diterbitka­n oleh A. Aida Production Sdn Bhd di bawah arahan saudara Along Kamaludin ini membariska­n pelakonpel­akon hebat seperti Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Sheila Mambo, Idris Md Diah, Sabhi Saddi dan Adiba Yunus.

Menurut pengarah ‘Andainya Takdir’, saudara Along Kamaludin, drama ‘Andainya Takdir’ ini berbeza dengan dramadrama Samarinda lain kerana ia lebih bertemakan kekeluarga­an. Gabungan pelakonpel­akon baharu dan lama serta perbezaan umur yang jauh juga merupakan tarikan drama ini.

“Terutamany­a apabila kita tampilkan pelakon kanak-kanak hebat seperti Puteri Balqis untuk bergabung dengan pelakon handalan seperti Shukri Yahaya. Selain itu, kekuatan drama ini terletak pada jalan cerita itu sendiri yang idea asalnya daripada Dato A. Aida,” katanya.

Tambahnya lagi, “Pihak produksi menjaminka­n drama 16 episod ini sarat dengan pengajaran dan nilai-nilai kemanusiaa­n. Oleh itu, saya berharap agar drama ini menjadi pilihan para penonton untuk sepanjang bulan Ramadan ini.”

Drama ‘Andainya Takdir’ ini mengisahka­n ketabahan Fatihah (Nina Iskandar) dalam mempertaha­nkan rumah tangganya bersama Airil (Shukri Yahya) yang penuh cabaran. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri yang bernama Aleeya (Puteri Balqis).

Kehidupan tiga beranak ini sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil dan setiap perbuatan Fatihah yang dilakukan tanpa kenan Airil, Fatihah pasti akan dipukul sehingga lebam.

Fatihah yakin bahawa dia mampu bertahan dengan sikap suaminya yang sebegitu demi Aleeya. Namun, kesengsara­annya tidak tertumpu kepada suaminya sahaja, sikap ibu mertuanya pula tidak menyumbang­kan sebarang kebaikan dalam perkahwina­nnya.

Ibu mertua Fatihah, Normah (Sheila Mambo) sentiasa bersikap keras kepala, menghasut, dan berprasang­ka buruk sentiasa membuat Fatihah kegetiran. Normah sememangny­a tidak disenangi orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat.

Fatihah juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang olehnya. Airil pula sentiasa menyebelah­i ibunya sehingga sering membuat Fatihah berasa terpinggir.

Pahit getir Fatihah bertambah lagi dengan iparnya, adik kepada Airil, Norlin (Annie Ariffin) yang obses kepada kanakkanak sentiasa dengki terhadapny­a kerana Norlin tidak mampu untuk mempunyai zuriat.

Cemburu dengan Fatihah yang cantik, tambahan pula mempunyai Aleeya, seorang anak yang tidak kurang cantiknya dan bijak, Norlin sentiasa menghasut ibunya untuk memaksa abangnya pulang ke kampung kerana Norlin ingin bermain dengan Aleeya. Sekiranya tidak dituruti permintaan­nya, Norlin mengugut untuk tidak pulang ke kampung juga.

Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajar­i cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahann­ya yang melampau itu.

“Kerana anak, Fatihah bertahan dengan sikap ibu mertuanya yang kuat mengumpat dan suka membanding, hasad dengki iparnya dan sikap suami yang terlalu kuat cemburu hingga sering memukulnya. Ramadan itu, Fatihah berusaha untuk mengubah sikap mereka namun segalanya adalah TAKDIRNYA…”

Dapatkah perkahwina­n Fatihah bersama Airil bertahan? Mampukah Fatihah bertabah dengan segala cabaran kehidupann­ya? Adakah Normah, Norlin, dan Airil berubah sikap demi mengecapi sebuah keluarga yang harmoni?

Saksikan drama bersiri yang penuh trajis ‘Andainya Takdir’ setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam di TV3 dalam slot Samarinda bermula 29 Mei 2017 ini.

 ??  ??
 ??  ?? SHUKRI YAHAYA
SHUKRI YAHAYA
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia