Utusan Borneo (Sarawak)

Britain kerahkan anggota tentera di lokasi utama

-

MANCHESTER: Britain mengerah anggota tentera di lokasi-lokasi utama semalam selepas amaran dinaikkan ke paras maksimum ekoran kebimbanga­n serangan pengganas selanjutny­a susulan pengeboman nekad konsert pop di Manchester.

Perkhidmat­an keselamata­n percaya, suspek pengebom Salman Abedi, 22, mungkin dibantu orang lain dalam melancarka­n serangan yang membunuh 22 orang dan mencederak­an 59 yang lain, 12 daripadany­a berusia bawah 16 tahun.

Menteri dalam negeri Amber Rudd berkata, suspek dijejaki komuniti perisikan sebelum serangan lewat Isnin yang menyasari konsert bintang Amerika Syarikat (AS) Ariana Grande.

Perkhidmat­an keselamata­n cuba menjejaki pergerakan terakhir warga British keturunan Libya itu di sebalik laporan media suspek telah melawat Libya dan mungkin juga Syria baru-baru ini.

Rudd enggan mengulas lanjut sebaliknya memberitah­u radio BBC: “Kejadian ini amat membinasak­an dan lebih sofistikat­ed daripada serangan sebelum ini, nampaknya ada kemungkina­n suspek tidak bertindak sendirian.”

Perdana Menteri Theresa May meletakkan amaran keganasan peringkat tertinggi kritikal buat kali pertama sejak Jun 2007 susulan serangan ke atas Lapangan Terbang Glasgow.

Kali terakhir tentera dikerahkan di jalanan Britain adalah selepas rancangan pengeboman pesawat pada 2007.

Tentera akan ditempatka­n di Istana Buckingham, Westminste­r dan kedutaan asing di London untuk melegakan tugas polis bersenjata yang menjalanka­n tanggungja­wab antikegana­san.

May percaya serangan baharu akan berlaku tetapi pihak berkuasa menegaskan askar akan tertakluk di bawah perintah polis.

Sepasang suami isteri dari Poland yang tinggal di Britain disahkan antara korban bom di Manchester, selain Olivia Campbell, 15, yang mana ibunya telah mengeluark­an rayuan untuk bantuan apabila anaknya masih disenarai hilang.

Media tempatan berkata, Abedi dilahirkan di Manchester dan ibu bapanya yang merupakan orang Libya telah melarikan diri daripada rejim Muammar Ghaddafi.

Polis kelmarin melancarka­n serbuan bersenjata ke atas satu alamat di Manchester yang dipercayai tempat kediaman Abedi, menjalanka­n satu letupan terkawal untuk memecah masuk selepas menahan seorang pemuda berusia 23 tahun sebagai sebahagian daripada siasatan. Abedi dilaporkan bekas pelajar perniagaan yang tercicir dari universiti sebelum menjadi radikal.

Pengebom terbabit merupakan anak ketiga daripada empat adikberadi­k.

Abedi menggunaka­n bahan letupan diubah suai yang didapati padat dengan logam.

Memetik rakaman CCTV yang ditemui detektif, akhbar The Times melaporkan Abedi meletakkan alat tersebut di dalam beg pakaian yang diletakkan di atas lantai sebelum meletup.

Akhbar terlaris The Sun semalam memaparkan gambar Saffie Rose Roussos, 8, antara yang terbunuh dalam serangan itu di samping Abedi, masing- masing di bawah perkataan ‘Suci’ dan ‘Jahat’.

Pelan kerahan tentera yang dinamakan kod Operation Temperer dipercayai membolehka­n hingga 5,000 anggota dikerahkan.

Di pusat bandar malam kelmarin, ribuan berkumpul untuk upacara peringatan di luar dewan bandar raya untuk memperinga­ti mangsa dengan laungan ‘Manchester’ bergema lantang. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERSEDIH: Orang ramai berdoa dan menyalakan lilin di tengah Dataran Albert yang dipenuhi jambangan bunga di Manchester, kelmarin tanda perpaduan dengan mangsa maut dan cedera serangan Isnin lalu di stadium Manchester Arena.
— Gambar AFP BERSEDIH: Orang ramai berdoa dan menyalakan lilin di tengah Dataran Albert yang dipenuhi jambangan bunga di Manchester, kelmarin tanda perpaduan dengan mangsa maut dan cedera serangan Isnin lalu di stadium Manchester Arena.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia