Utusan Borneo (Sarawak)

Pertemuan serius Trump dan Francis

Dua tokoh berbeza pendapat ketara janggal sewaktu lawatan awal pagi

-

KOTA VATIKAN: Presiden Amerika Syarikat ( AS) Donald Trump tiba di Vatikan semalam untuk mengadakan rundingan dengan salah seorang pengkritik paling berprofil tinggi, Pope Francis, setelah kedua-dua lelaki bertikam lidah sewaktu kempen pilihan raya presiden pada tahun lepas.

Di bawah langit biru yang cerah, Trump menerima pe n g h o r m a t a n da r i barisan Pengawal Swiss di perkaranga­n Vatikan sebelum disambut Uskup Agung Georg Ganswein, pengawas kerabat kepausan.

Trump kelihatan tidak selesa ketika memasuki lif kecil yang membawanya ke tingkat tiga Istana Apostolik, di mana beliau diiringi Ganswein dan pegawai lain sepanjang koridor ke bilik bacaan peribadi paus.

Mengekori Trump anak perempuann­ya Ivanka, menantunya Jared Kushner, pembantu tertinggi Rumah Putih, penasihat keselamata­n negara H.R. McMaster dan penasihat Hope Hicks.

Paus tidak tersenyum ketika menyambut Trump di luar bilik bacaan.

Trump, yang kelihatan resah, kemudian berkata pertemuan itu adalah penghormat­an tinggi.

Kedua-dua lelaki kemudian bergambar dengan paus tetap menunjukka­n wajah serius manakala Trump tersenyum lebar pada pertemuan itu yang bermula tepat jam 8.33 pagi.

Pertemuan Trump dengan Pope Francis, rangka ketiga dalam jelajah asing selama sembilan hari yang dijadual berakhir pada Sabtu, adalah sebahagian jelajah agama dunia selepas bertemu dengan para pemimpin Islam di Arab Saudi dan melawat tempat suci di Baitulmaqd­is.

Na m u n se m e n t a r a rundingann­ya di Arab Saudi dan Israel umumnya adalah mesra, pertemuan di antara ketua Gereja Roman Katolik dengan Trump yang celupar dan sudah tiga kali berkahwin mungkin lebih tegang sedikit.

Francis berkata pada minggu lepas beliau akan bersikap jujur dengan Trump tetapi tidak mahu menilainya sebelum beliau mendengarn­ya sendiri.

Sebahagian daripada motivasi Trump untuk berjumpa dengan paus itu adalah bagi mengetenga­hkan bagaimana tiga agama utama harus bersatu untuk menentang ancaman dari puak militan Islam.

Trump pada mulanya tidak merancang untuk singgah di Rom dalam lawatannya ke Eropah, yang dilihat oleh segelintir pihak di Vatikan sebagai satu penghinaan.

Apabila beliau mengubah fi k i r a n n y a , Va t i k a n menetapkan pertemuan dengannya pada jam 8.30 pagi semalam, luar biasa awal.

Francis mengadakan perhimpuna­n mingguan beliau bersama orang ramai pada hari Rabu jam 10.00 pagi di Dataran St Peter.

Selepas pertemuan itu, Trump seterusnya pergi ke Brussels untuk satu sidang kemuncak NATO, diikuti rangka terakhir dalam lawatannya, sidang kemuncak Kumpulan Tujuh di Sicily.

Pope Francis pada tahun lepas berkata seseorang yang mahu membina tembok dan bukan jambatan bukan Kristian, satu teguran tajam bagi ikrar Trump untuk membina sebuah tembok di sepanjang sempadan AS dengan Mexico.

Trump pula berkata ia memalukan bagi paus kelahiran Argentina itu, yang mewakili lebih setengah daripada dua bilion Kristian di dunia, untuk mempertika­ikan kepercayaa­nnya.

Pendirian Trump yang lebih lembut mengenai peraturan alam sekitar juga bercanggah dengan pandangan Francis bahawa perubahan iklim umumnya disebabkan oleh kegiatan manusia.

Vatikan juga kurang senang dengan retorik kempen Trump yang anti-Muslim, tetapi Trump melembutka­n nadanya dengan ketara pada satu ucapan penting di Riyadh. — Reuters

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? TERCEMAR SKANDAL: Gambar fail 12 Jun, 2015 menunjukka­n Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macao yang akan menghubung­kan tiga bandar raya itu di Delta Sungai Pearl dilihat dalam pembinaan luar Pulau Lantau.
— Gambar Reuters TERCEMAR SKANDAL: Gambar fail 12 Jun, 2015 menunjukka­n Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macao yang akan menghubung­kan tiga bandar raya itu di Delta Sungai Pearl dilihat dalam pembinaan luar Pulau Lantau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia