Utusan Borneo (Sarawak)

AKSI MILOS DAN SAHIL PIKAT DAVID

Tidak mengecewak­an berdepan Perak, meskipun baharu tiga hari sertai skuad Sarawak

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Penampilan sulung dua awang import baharu Sarawak, Milos Kroickovic dan Sahil Suhaimi pada perlawanan Liga Super menentang Perak di Stadium Perak kelmarin memikat pengendali skuad itu, David Usop.

Menurut David, aksi dua pemain dibawa masuk semasa jendela perpindaha­n pemain baru-baru ini tidak mengecewak­annya meskipun baharu tiga hari menyertai skuad skuad itu.

Malah beliau percaya, kedua pemain itu dapat menunjukka­n taring sebenar jika tidak kerana padang becak di venue perlawanan.

“Milos berjaya menghidup- kan jentera tengah Sarawak dan banyak melakukan hantaran kepada penyerang.

“Kredit juga diberikan kepada Samil kerana kelincahan­nya sering mendatang masalah kepada pertahanan Perak. Beliau hampir menjaringk­an gol untuk Sarawak pada babak kedua,” katanya ketika dihubungi semalam.

David bagaimanap­un akui, kedua pemain itu masih memerlukan sedikit masa untuk menyerap corak permainan rakan sepasukan lain.

Mengulas perlawanan yang berkesudah­an seri tanpa jaringan, David berpuas hati dengan persembaha­n anakanak buahnya selepas berjaya mencuri satu mata berharga menentang Perak.

Jelas David, keadaan padang becak akibat hujan lebat menyukarka­n pergerakan pemain untuk menjaringk­an gol walaupun mempunyai beberapa peluang terbaik.

Penjaga gol Sarawak, Shahril Sa’ari wajar diangkat pemain terbaik perlawanan itu selepas mematahkan beberapa percubaan berbahaya penyerang lawan.

Sarawak hampir di depan pada minit ke- 22 namun hantaran silang Abdul Rahim Razak gagal disambar Mateo Roskam.

Minit ke-47 giliran Sahil menghadir peluang untuk Sarawak memimpin perlawanan namun rembatan kencangnya ditampan keluar penjaga gol lawan, Muhammad Hafizul Hakim.

Meskipun sekadar seri, Sarawak berjaya naik satu anak tangga ke kedudukan ke-10 liga dengan kutipan 11 mata hasil daripada dua kemenangan dan lima seri.

Saingan liga akan berehat sempena Ramadan dan bersambung pada 1 Julai dengan Sarawak akan menjadi tetamu Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV.

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? GASAK: Pemain Perak, Mohd Nazrin Mohd Nawi (kiri) diasak pertahanan Sarawak, Demerson Bruno Costa pada perlawanan Liga Super 2017 di Stadium Perak kelmarin.
— Gambar Bernama GASAK: Pemain Perak, Mohd Nazrin Mohd Nawi (kiri) diasak pertahanan Sarawak, Demerson Bruno Costa pada perlawanan Liga Super 2017 di Stadium Perak kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia