Utusan Borneo (Sarawak)

Inisiatif perkasa profesiona­lisme kepimpinan JKKK

KKLW rangka kaedah sedia peluang Diploma bidang Tadbir Urus Desa kepada pemimpin JKKK: Nanta

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kepimpinan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) bakal berpeluang melanjutka­n pendidikan di peringkat Diploma dalam bidang Tadbir Urus Desa.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ( KKLW) Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, ia adalah antara inisiatif yang dirangka kementeria­n bersama institusi pengajian tinggi.

“Bagi memastikan profesiona­lisme kepimpinan JKKK berada pada tahap tinggi, kementeria­n sedang merangka kaedah untuk menyediaka­n peluang pendidikan di peringkat Diploma dalam bidang Tadbir Urus Desa.

“Program ini akan dilaksana dengan kerjasama institusi pengajian tinggi di bawah kementeria­n seperti UniKL dan Kolej Universiti Agrosains Malaysia ( UCAM),” ujarnya.

Program ini akan dilaksana dengan kerjasama institusi pengajian tinggi di bawah kementeria­n seperti UniKL dan Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM). Datuk Alexander Nanta Linggi Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Beliau berkata demikian berucap merasmikan majlis Penutupan Program Sijil Tadbir Urus Desa INFRAUniKL bagi Zon Sarawak yang dihadiri Pengarah Institut Pengajian Desa (INFRA) Datuk Rubiyah Abdul Rahman di sini, semalam.

Menurut Nanta yang juga Ahli Parlimen Kapit, JKKK dan pemimpin pelapis mereka boleh mengambil peluang berkenaan untuk meningkatk­an pengetahua­n dan kemahiran bagi menambah baik kaedah pengurusan sedia ada.

Selain itu, katanya, kementeria­n merangka beberapa inisiatif baharu bertujuan memperkasa fungsi serta peranan JKKK yang merupakan jentera kerajaan di peringkat akar umbi.

Antaranya Tatacara Pengurusan JKKK Versi 2 yang bertujuan memperkuku­hkan fokus baharu kementeria­n dalam pengurusan JKKK seperti bayaran elaun secara EFT, sistem naziran pembayaran elaun serta penyediaan laporan secara atas talian menggunaka­n sistem e-tadbir urus desa.

Sementara itu, pada sidang media kemudianny­a, Pengurus Besar Teknoputra UniKL Bahtiar Kasbi berkata, cadangan Diploma berkenaan telah pun dikemukaka­n oleh menterinya sebelum ini dan pihak universiti sedang dalam usaha terbabit.

“Bagaimanap­un, beri kita sedikit masa dan yang pasti, ia dalam proses penyediaan tetapi segala cadangan sudah kita ambil tindakan,” kata Bahtiar.

Mengulas mengenai program Sijil Tadbir Urus Desa yang diadakan semalam, Nanta pada sidang media yang sama berkata, Sarawak ke- mungkinan mengadakan dua lagi siri program iaitu untuk Zon Tengah dan Utara.

“Tujuan program adalah untuk menambah baik tahap pengetahua­n dan tahap kemahiran mereka yang mengetuai JKKK ini sama ada pengerusi, setiausaha, bendahari dan sebagainya.

“Ini kerana mereka adalah yang kita harapkan untuk menjadi pemangkin di peringkat akar umbi bagi membantu kerajaan dalam segala urusan terutama KKLW dalam memperkasa­kan luar bandar di mana kita memerlukan pemimpin tempatan dan akar umbi,” katanya.

 ??  ?? KEPIMPINAN AKAR UMBI: Nanta (tengah) bersama para peserta program yang terdiri daripada kepimpinan JKKK dari bahagian Kuching, Samarahan dan Serian merakam kenangan selepas majlis Penutupan Program Sijil Tadbir Urus Desa di Kuching, semalam.
KEPIMPINAN AKAR UMBI: Nanta (tengah) bersama para peserta program yang terdiri daripada kepimpinan JKKK dari bahagian Kuching, Samarahan dan Serian merakam kenangan selepas majlis Penutupan Program Sijil Tadbir Urus Desa di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia