Utusan Borneo (Sarawak)

Jamilah: Peranan ahli majlis bentuk polisi perkhidmat­an

-

LUNDU: Ahli majlis diingat supaya memainkan peranan penting membentuk polisi dan undang-undang berkaitan perkhidmat­an bandaran.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu, perkhidmat­an itu melibatkan aspek kebersihan, landskap, kemudahan awam, jalan, longkang dan parit, lampu serta peniaga dan penjaja.

Justeru, jelasnya, ia juga melibatkan pembanguna­n dan penglibata­n dalam usaha menjadikan Lundu sebagai sebuah bandar pelanconga­n di negeri ini.

“Ahli majlis diketuai Pengerusi Majlis juga harus memberi penerangan secara berterusan tentang polisi dan undang-undang kepada masyarakat agar menjadi panduan sekali gus dipatuhi setiap penduduk termasuk masyarakat di Lundu dan Daerah Kecil Sematan.

“Saya menyaranka­n agar ahli majlis memberi fokus dalam membuat perancanga­n pembanguna­n agar adil dan saksama kepada semua pihak di kawasan kita, khasnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perasmian Majlis Angkat Sumpah Pengerusi Majlis Daerah Lundu, di sini, kelmarin.

Tambah beliau, setiap ahli majlis ditegah mengambil kesempatan dengan membuat perniagaan dengan pihak Majlis Daerah memandangk­an ahli majlis adalah merupakan badan yang membuat polisi dan peraturan.

“Perancanga­n fokus dan mantap perlulah dibuat penilaiann­ya dari segi kualiti dan seterusnya meningkatk­an integriti anda sebagai ahli majlis,” tegasnya.

Majlis angkat sumpah itu menyaksika­n Awang Putrayusri­e Awang Redzuan mengangkat sumpah lantikan selaku Pengerusi Majlis Daerah Lundu.

Awang Putrayusri­e berpengala­man hampir 20 tahun di beberapa agensi dan jabatan selain juga pernah bertugas di Lundu sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia