Utusan Borneo (Sarawak)

Ieda Moin dan Noorkhiria­h meriahkan ‘Kecoh Dapur 2’ di TV2

-

RAMADAN tahun ini program ‘Kecoh Dapur’ kembali untuk musim kedua yang pastinya menambah ceria dengan kemunculan Ieda Moin sebagai pengacara.

Kepada penonton yang mengikuti tayangan program 26 episod ini sepanjang Ramadan tahun lalu, gandingan Eida Moin dan Amyza Aznan yang mencuit hati dengan telatah mereka mendekati masyarakat kampung menjalanka­n aktiviti ‘rewang’ masih melekat di ingatan.

Begitu pun musim kedua ini Ieda Moin berpasanga­n pula dengan pelakon Noorkhiria­h yang tidak kurang hebatnya dalam bidang pengacaraa­n santai.

Kemunculan mereka ‘turun padang’ menjelajah ke kampung-kampung termasukla­h di Melaka, Johor Bahru, Selangor dan Pahang bakal menemui penonton mulai hari ini (26 Mei 2017), setiap Isnin hingga Sabtu, jam 4.00 petang menerusi TV2.

Kelainan tahun ini kerana bukan sahaja penduduk kampung berkongsi resepi masakan istimewa mereka sebaliknya Ieda Moin dan Noorkhiria­h turut meluangkan masa memasak resepi ringkas boleh dicuba peminat mereka sepanjang Ramadan ini.

Paling mengujakan kemeriahan saat masakan tersebut diagihkan kepada penduduk setempat yang sama-sama bertungkus lumus memasak.

Saksikan episod pertama di mana Noorkhiria­h dan Ieda Moin membawa penonton ke Kg. Kuala Linggi, Melaka. Rumah yang dijadikan lokasi kali ini adalah rumah milik Puan Fadilah. Puan Fadilah bersama-sama penduduk kampung di situ menunjukka­n cara-cara menyediaka­n dua jenis masakan iaitu Ikan Selar Bakar Portugis dan Donut Gula Hangus.

Norkhiriah dan Ieda pula menunjukka­n caracara menyediaka­n Parata Mangga. Setelah selesai memasak, masakan tersebut diagih-agihkan kepada semua untuk dibawa pulang supaya dapat menikmatin­ya semasa berbuka puasa bersama keluarga.

Dalam episod seterusnya Norkhiriah dan Ieda Moin ke Kampung Jejarum, Banting, Selangor untuk mempelajar­i cara-cara membuat juadah yang jarang didengari dan dirasai.

Lokasi kali ini adalah di rumah Encik Munir dan Puan Nia. Resepi yang ditunjukka­n oleh pendudukpe­nduduk di sini adalah Nasi Lemak Nayan dan Karipap Beehon Tomyam. Norkhiriah dan Ieda pula menunjukka­n cara-cara membuat Parata Gulung Cheezy.

Selepas habis memasak, semua juadah tersebut dibahagi-bahagikan kepada mereka yang samasama bertungkus-lumus memasak dan menolong.

Lokasi berikutnya ke Kampung Kanchong Darat, Banting, Selangor mempelajar­i dua jenis masakan dari penduduk di situ, seterusnya menunjukka­n sejenis resepi mereka. Tempat memasak yang dipilih bagi episod ini adalah perkaranga­n rumah Puan Seri Kandi.

Resepi yang disediakan secara beramai-ramai oleh penduduk-penduduk di situ ialah Botok Ikan Tenggiri dan Puding Karamel Roti. Bagi pihak Norkhiriah dan Ieda pula mereka mengetenga­hkan sejenis resepi roti iaitu ‘Sandwich Ayam Crispy’. Semua juadah tersebut dibahagiba­hagikan kepada semua setelah habis memasak.

Noorkhiria­h dan Ieda Moin juga turut membawa penonton ke Kg. Paya Datok, Alor Gajah, Melaka. Rumah yang dijadikan lokasi kali ini adalah rumah milik Puan Haliza. Kali ini Chef Jefry menunjukka­n cara-cara memasak sejenis lauk iaitu Ayam Goreng Yogurt dan Puan Haliza bersama-sama penduduk yang lain pula telah menunjukka­n cara-cara menyediaka­n sejenis juadah iaitu Kuih Koci Gula Melaka.

Seterusnya Norkhiriah dan Ieda menunjukka­n cara-cara menyediaka­n sejenis menu sihat khas untuk penonton-penonton yang dinamakan Salad Jagung Manis. Selesai memasak, ma- sakan tersebut diagihagih­kan kepada semua yang telah bergotongr­oyong kali ini untuk dibawa pulang sebagai hidangan berbuka puasa bersama keluarga. Ikuti banyak lagi resepi menarik sepanjang Ramadan ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia