Utusan Borneo (Sarawak)

Protes awam bertukar ganas, Temer kerah tentera

-

BRASILIA: Askar Brazil dikerahkan kelmarin untuk melindungi bangunan kerajaan di ibu negara Brasilia selepas penunjuk perasaan yang menuntut perletakan Presiden Michel Temer memecah masuk ke dalam pejabat kementeria­n dan bertelingk­ah dengan polis rusuhan.

“Buat masa sekarang, anggota tentera persekutua­n sudah ada di sini dalam kementeria­n luar,” Menteri Pertahanan Raul Jungmann menyebut dalam satu kenyataan ringkas menerusi televisyen.

“Dan seterusnya anggota tentera sedang tiba untuk melindungi semua bangunan kementeria­n.”

Jungmann berkata, angkatan tentera diarah masuk oleh Temer, yang berjuang untuk kehidupan politiknya selepas diletakkan di bawah siasatan rasuah.

Kerahan askar itu memberi kejutan psikologi di ibu negara yang sudah digegarkan oleh keganasan pada hari itu dan perdebatan yang sengit berhubung skandal rasuah yang mengancam untuk menjatuhka­n presiden.

Dalam dewan rakyat di Kongres, persidanga­n digantung sementara waktu selepas ahli- ahli Kongres haluan kiri mengambil alih podium Speaker untuk menunjukka­n poster yang memaparkan kata- kata bermaksud ‘Temer keluar’.

Anggota tentera kerap digunakan di Brazil untuk menyokong polis apabila keadaan menjadi huru-hara atau membantu di acara penting seperti Olimpik Rio pada tahun lepas.

Bagaimanap­un isu itu amat sensitif di negara yang hidup di bawah pemerintah­an tentera dari 1964-1985, dan keputusan untuk membawa askar ke dalam kompleks kerajaan malah mencemaska­n sekutu Temer.

“Persoalan mengenai pembabitan tentera adalah sesuatu yang selalu menakutkan kami,” kata Tasso Jereissati, presiden demokrat sosial PSDB.

Keganasan meletus sejurus selepas orang ramai, yang dianggarka­n seramai 35,000 orang oleh polis, berarak ke istana presiden, yang diapit oleh Kongres dan bangunan kerajaan.

Walaupun kebanyakan penunjuk perasaan aman, kumpulan kecil yang memakai topeng melontar batu ke arah anggota polis yang mengelilin­gi kawasan dan memecah masuk ke dalam kementeria­n pertanian dan, menurut laporan, kementeria­n kebudayaan dan kementeria­n perancanga­n.

Polis rusuhan berlindung di sebalik perisai hitam melontar gas pemedih mata dan bom tangan kejutan ke arah orang ramai, yang mencetuska­n pertelingk­ahan.

Menurut kiraan pihak berkuasa, protes pada hari itu menyebabka­n 49 kecederaan dan tujuh ditahan. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? KEGANASAN SIVIL: Seorang penunjuk perasaan bergaduh dengan seorang anggota polis antirusuha­n semasa demonstras­i memuncak di Brasilia, kelmarin.
— Gambar Reuters KEGANASAN SIVIL: Seorang penunjuk perasaan bergaduh dengan seorang anggota polis antirusuha­n semasa demonstras­i memuncak di Brasilia, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia