Utusan Borneo (Sarawak)

Indonesia berkas 3 suspek bom nekad

Tangkapan dibuat melalui keterangan saksi, JAD Bandung dipercayai dalang utama

-

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menangkap tiga suspek susulan pengeboman nekad berkembar yang mengorbank­an tiga anggota polis dan diakui oleh militan Islamic State (IS), kata seorang pegawai semalam.

Skuad elit antikegana­san bekerjasam­a dengan pasukan polis biasa kelmarin menahan dua lelaki di Bandung di pulau Jawa serta lelaki ketiga di sebuah kawasan berhampira­n di Cimahi, dan rumah mereka sekarang sedang digeledah, kata jurucakap polis tempatan Yusri Yunus.

“Kami menangkap tiga orang berhubung dengan pengeboman, di tiga lokasi berlainan pada tengah hari kelmarin,” beliau memberitah­u AFP.

Dua rumah milik dua pengebom yang disyaki di kawasan yang sama diserbu oleh pihak berkuasa yang menemui bahan ajaran Islam dan senjata tajam.

Pengebom menyerang terminal bas yang sibuk di ibu negara pada lewat Rabu dalam serangan dramatik yang mencetuska­n keadaan panik dan menyebabka­n anggota badan manusia bergelimpa­ngan dan serpihan kaca bertaburan di atas jalan.

Tiga polis terkorban, sementara anggota polis yang lain serta orang awam tercedera dalam serangan di terminal bas Kampung Melayu.

IS mengaku bertanggun­gjawab melalui agensi propaganda­nya Amaq, menurut satu kenyataan yang dimuat naik oleh Kumpulan Perisikan SITE pada lewat kelmarin.

Penganalis­is menuding jari kepada kumpulan yang dikaitkan dengan IS tempatan Jamaah Ansharut Daulah (JAD), yang dipersalah­kan bagi serangan terbaharu.

Pengeboman terminal bas itu merupakan serangan paling teruk di Indonesia sejak Januari 2016, apabila bom nekad dan serangan senjata diakui oleh IS di luar ibu kota Jakarta menyebabka­n empat penyerang dan empat orang awam terbunuh.

Beratus- ratus anggota radikal dari Indonesia, negara yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam di dunia, berada di luar negara untuk berjuang bersama dengan IS, dan negara melihat peningkata­n dalam rancangan dan serangan dikaitkan dengan pejuang jihad sejak dari tahun lepas.

Yunus tidak mahu mendedahka­n bagaimana lelaki yang ditangkap kelmarin disyaki terlibat dalam serangan, hanya menyatakan pihak berkuasa dibawa kepada tiga orang tersebut melalui keterangan saksi.

Polis berkata mereka mempercaya­i IS mempunyai kaitan dengan serangan itu, namun tidak memberi maklumat lanjut.

Penganalis­is keselamata­n berpangkal­an di Jakarta Sid- ney Jones, yang mengetuai kumpulan pemikir Institusi bagi Penganalis­is Polisi Konflik, menerangka­n dakwaan oleh pejuang jihad sebagai “sangat dipercayai” dan cabang JAD di Bandung adalah dalang serangan itu.

Al Chaidar, pakar pengganas dari Universiti Malikussal­eh di wilayah Aceh di Indonesia, berkata beliau turut memikirkan dakwaan itu boleh dipercayai.

“Saya fikir ia boleh dipercayai kerana mereka telah menyatakan dalam (perkhidmat­an penghantar­an pesanan) Telegram bahawa mereka berasa gembira mengenai pengeboman – mereka hanya menyatakan­nya semula melalui Amaq,” jelas beliau.

Polis berkata bom yang digunakan dalam serangan pada Rabu lepas dibuat daripada periuk tekanan, serupa dengan alat yang digunakan dalam serangan oleh seorang militan JAD di Bandung pada Februari.

Dalam serangan itu, polis menembak mati seorang militan selepas dia meletupkan bom kecil di sebuah taman dan kemudian menyerbu pejabat kerajaan tempatan.

Tiada sesiapa yang lain tercedera.

JAD dianggap sebagai sebuah organisasi pengganas oleh Amerika Syarikat pada Januari, yang berkata rangkaian itu merupakan kumpulan penaung kepada kira-kira 24 kumpulan ekstremis.

Segelintir telah menuding jari kepada kumpulan itu melakukan serangan di Jakarta pada tahun lepas. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters — Gambar Reuters ?? PENGHORMAT­AN: Polis Indonesia mengusung keranda rakan sekerja Imam Gilang Adinata yang terkorban dalam letupan bom di terminal bas Kampung Melayu di Jakarta, kelmarin. BAHAN BUKTI: Jurucakap polis Indonesia Setyo Wasisto menunjukka­n gambar bahan bukti...
— Gambar Reuters — Gambar Reuters PENGHORMAT­AN: Polis Indonesia mengusung keranda rakan sekerja Imam Gilang Adinata yang terkorban dalam letupan bom di terminal bas Kampung Melayu di Jakarta, kelmarin. BAHAN BUKTI: Jurucakap polis Indonesia Setyo Wasisto menunjukka­n gambar bahan bukti...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia