Utusan Borneo (Sarawak)

JUARA SETELAH TIGA TAHUN MENCUBA

KWRC rangkul Liga AKHDAN RNA 2017, azam terus angkat ragbi Tentera Darat di Sarawak

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Pasukan Kenyalang Warriors Rugby Club (KWRC) dari Divisyen Pertama Infantri Malaysia ( 1 Divisyen) berjaya merangkul kejuaraan Liga AKHDAN RNA 2017 buat kali pertama setelah tiga tahun mencuba dengan menundukka­n juara bertahan, Kelab Ragbi Warriors ORC 23-15 pada perlawanan akhir di Padang Ragbi Kem Muara Tuang, Sabtu lalu.

KWRC merupakan juara pertama Liga AKHDAN RNA yang dahulunya dikenali sebagai Liga Ragbi Kuching KRFC.

Kelab itu ditubuhkan pada 2016 hasil dorongan dan aspirasi Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw sebagai usaha menaikkan sukan ragbi dalam kalangan warga 1 Divisyen.

Kedua-dua pasukan menampilka­n aksi sengit sebaik perlawanan bermula dengan masing-masing cuba menembusi benteng pertahanan lawan.

Perlawanan di separuh 40 minit pertama banyak menyebelah­i KWRC apabila mereka mendapat ‘try’ dan ‘conversion’ seawal minit keempat dan berjaya memperoleh tujuh mata diikuti dengan dua penalti.

Manakala, pasukan Warriors ORC hanya mendapat satu penalti menjadikan kedudukan tamat separuh masa pertama 13-3.

Pada separuh masa kedua, Warriors ORC yang jauh lebih berpengala­man telah menyusun semula strategi perlawanan dan telah berjaya mengekang pihak lawan.

Usaha gigih Warriors ORC membolehka­n mereka mendapat dua ‘try’ dan satu ‘conversion’.

Namun, ia tidak mematahkan semangat pemain KWRC yang tampil lebih bertenaga telah berjaya menjauhkan jurang jaringan dengan menambah satu lagi ‘try’ dan ‘conversion’.

Tuah memihak KWRC apabila sekali lagi dihadiahka­n penalti pada minit akhir perlawanan menjadikan kedudukan tamat masa penuh 23-15.

Kemenangan itu membolehka­n KWRC membawa balik Piala Pusingan, Piala Iringan dan wang tunai sekaligus layak menyertai Kejohanan Piala Presiden.

KWRC juga berjaya menambah koleksi kemenangan selepas turut memenangi Johan Cup Kejohanan Ragbi Sentuh 5 Sebelah Y-Centre 2017 pada Mei 2017 dan Sibu Memorial Cup 15s’ pada April 2017.

“Walaupun KWRC baru berusia dua tahun, KWRC kini bergiat aktif dalam sukan ragbi di Sarawak dengan turut mengambil bahagian dalam beberapa siri pertanding­an di Kuching, Sibu dan Miri.

“Ia seiring dengan hasrat Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw untuk menaikkan ragbi Tentera Darat di Sarawak dan menjadi pemangkin kepada perkembang­an sukan ragbi Sarawak,” menurut Pengurus KWRC, Mejar Nizam Nor Amri Johari semalam.

Beliau turut merakam terima kasih kepada Kesatuan Ragbi Sarawak (SRU) kerana turut bekerjasam­a dengan Markas 1 Divisyen yang berpangkal­an di Kem Muara Tuang, Samarahan dalam merealisas­ikan impian tersebut.

Tegasnya, perkembang­an positif ini diharap dapat menarik minat jabatan-jabatan lain serta awam dalam menaikkan prestasi sukan ragbi di Bumi Kenyalang ini.

Walaupun KWRC baru berusia dua tahun, KWRC kini bergiat aktif dalam sukan ragbi di Sarawak dengan turut mengambil bahagian dalam beberapa siri pertanding­an di Kuching, Sibu dan Miri. Mejar Nizam Nor Amri Johari Pengurus KWRC

 ??  ??
 ??  ?? KENANGAN: Stephen (tengah) merakam gambar bersama pemain dan pegawai KWRC selepas majlis penyampaia­n hadiah.
KENANGAN: Stephen (tengah) merakam gambar bersama pemain dan pegawai KWRC selepas majlis penyampaia­n hadiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia