Utusan Borneo (Sarawak)

Muka baharu di Parlimen Betong

-

KUCHING: Barisan Nasional ( BN) Negeri meletakkan muka baharu sebagai calon di Parlimen Betong selepas penyandang sedia ada Datuk Amar Douglas Uggah menyatakan hasrat tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-14 (PRU14) ini.

Ketua Menteri juga Pengerusi BN Negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, Uggah juga Timbalan Ketua Menteri menyatakan hasrat tidak bertanding untuk kerusi berkenaan.

“Memang kita akan letak calon baharu di konstituen­si berkenaan kerana beliau (Uggah) memang berhasrat mengosongk­an kerusi Parlimen.

“Beliau dikehendak­i untuk berkhidmat dalam kerajaan negeri dan ia telah menjadi persefaham­an kita semua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurn­akan Agihan Sumbangan Majlis Islam Sarawak (MAIS) kepada Masjid dan Surau Bahagian Kuching di Dewan Hikmah di sini, semalam.

Berhubung kedudukan kerusi Parlimen Saratok yang kini disandang Tan Sri William Mawan Ikom, Abang Johari bagaimanap­un enggan mengulas lanjut dan menunggu masa sesuai mengumumny­a.

“Itu belum lagi...kita tunggu nanti,” katanya ringkas.

Memetik Borneo Post sebelum ini, Uggah juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah mengesahka­n tidak bertanding pada PRU Ke14.

Uggah menjelaska­n, faktor utama beliau tidak bertanding berdasarka­n persefaham­an dalam kerajaan negeri bahawa tiada seorang pun Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertindih kerusi.

Beliau dipilih sebagai calon PBB untuk Betong pada pilihan raya umum 1986 dan menang dan menjadi Ahli Parlimen mewakili kawasan berkenaan sehingga sekarang.

Beliau turut dilantik sebagai menteri penuh dengan menerajui Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar dan mengetuai kementeria­n selama lima tahun sehingga pilihan raya umum 2013 sebelum dilantik sebagai Menteri Perladanga­n dan Komoditi selepas meraih kemenangan besar dengan 15,476 undi.

Pada 2016, bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu mengumumka­n persaraann­ya dan Uggah diminta kembali ke Sarawak mengambil alih kedudukan Jabu.

Beliau bertanding sebagai calon PBB bagi kerusi N.37 Bukit Saban dalam pilihan raya negeri lepas dan berjaya memenangin­ya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia