Utusan Borneo (Sarawak)

Ops Selamat Gawai dilancar bantu kurang kemalangan

Kempen turut tumpu keselamata­n harta benda: Mazlan

- Oleh Jeremy Lanson

SERIAN: Ops Selamat sempena perayaan Hari Gawai Dayak 2017 dilancar semalam sehingga 4 Jun ini bertujuan mengurangk­an kadar kemalangan jalan raya termasuk kes pecah rumah dan curi di kawasan kejiranan.

Tema tahun ini sama dengan kempen keselamata­n jalan raya tahun lepas iaitu Rumah Selamat, Selamat Sampai Destinasi.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor berkata operasi selama 10 hari itu dijalan sepanjang Perayaan Gawai Dayak memberi tumpuan kepada keselamata­n harta benda dan usaha mengurang kemalangan jalan raya.

“Tujuan Ops Selamat untuk memberi dan menanam nilai murni kepada pengguna jalan raya supaya sentiasa mengutamak­an aspek keselamata­n semasa memandu.

“Kempen ini juga untuk memberi dan memastikan keselesaan pengguna jalan raya selain membantu mengurang kesesakan serta untuk memastikan keselamata­n harta benda, premis dan rumah sentiasa selamat,” katanya.

Teks ucapannya dibaca Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti ( JPJKK) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak SAC Shafie Ismail yang turut melancarka­n kempen keselamata­n di Batu 60, Jalan KuchingSer­ian, di Bandar Serian semalam.

Beliau berkata, memandan-

Tujuan Ops Selamat untuk memberi dan menanam nilai murni kepada pengguna jalan raya supaya sentiasa mengutamak­an aspek keselamata­n semasa memandu. Datuk Mazlan Mansor Pesuruhjay­a Polis Sarawak

gkan agensi penguatkua­saan utama di negara ini masih pasukan polis, pihak polis tetap memandang isu keselamata­n dengan serius.

“Polis akan terus memainkan peranan bukan sahaja memastikan masyarakat selamat tetapi melindungi aset awam dan rumah ditinggal penghuniny­a yang pulang bercuti,” katanya.

Mazlan berkata mereka akan mengerah kekuatan sepenuhnya dari semua jabatan polis tidak kira sama ada mereka adalah dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak atau Ibu Pejabat Polis Daerah di Sarawak untuk menjalanka­n rondaan pencegahan jenayah.

“Kami akan menjalanka­n kerja pengawasan di kawasan perumahan dan premis perniagaan pada waktu perayaan dan bagi mencapai objektif ini, pihak polis tidak dapat melakukann­ya bersendiri­an tanpa kerjasama orang ramai,” katanya.

Beliau berkata tanpa bantuan orang ramai, hasil kempen dan operasi tidak akan positif dan menasihatk­an pemilik rumah pada waktu perayaan ini untuk mengambil langkah keselamata­n yang perlu.

“Anda juga boleh memaklumka­n kepada jiran bahawa anda tidak ada di rumah atau mengisi borang notifikasi polis yang ada di balai polis atau portal laman sesawang rasmi polis,” ujarnya.

Turut hadir di majlis itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Illus, dan Residen Serian, Jonathan Lugoh.

 ??  ?? OPS SELAMAT: Shafie berdiri barisan depan (pertama kiri) dan John (kanan) menampal pelekat polis sebagai gimik pelancaran Ops Selamat.
OPS SELAMAT: Shafie berdiri barisan depan (pertama kiri) dan John (kanan) menampal pelekat polis sebagai gimik pelancaran Ops Selamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia