Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki ditangkap sorok dadah dalam CPU komputer

-

KUCHING: Seorang lelaki ditangkap polis selepas ‘kantoi’ menyembuny­ikan pelbagai jenis dadah di dalam CPU komputer di sebuah rumah di Jalan Sungai Maong Hilir di sini dalam satu serbuan sekitar jam 9 malam kelmarin.

Difahamkan, suspek berusia 41 tahun dan berasal dari Jalan Stampin itu ditahan untuk pemeriksaa­n oleh anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) sebaik sahaja tiba di perkaranga­n rumah berkenaan.

“Polis kemudian menjalanka­n pemeriksaa­n di rumah berkenaan dan menjumpai satu CPU komputer yang diletakkan di atas rak besi di sebuah bilik dan apabila CPU dibuka didapati terdapat beberapa barang disyaki dadah jenis Ketamin, Erimin 5, Ecstacy dan ganja di dalamnya.

“Pemeriksaa­n di dalam kereta suspek yang dipakirkan di garaj hadapan rumah tersebut juga menjumpai Ecstacy, Erimin 5 dan Keta- mine yang disembunyi­kan di dalam satu uncang kain uncang berwarna hitam,” kata sumber.

Suspek kemudian ditahan dan barang-barang tersebut dirampas untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah ACP Abang Ahmad Abang Julai semasa dihubungi mengesahka­n tangkapan tersebut dan memberitah­u siasatan lanjut masih dijalankan.

“Suspek kini masih ditahan di bawah Seksyen 39A(2), 39A(1), 12(2) dan 6 Akta Dadah Berbahaya ( ADB) 1952.

“Untuk makluman, sebanyak 41 gram Ketamin, Erimin 5(23.75 gram), Ecstacy (21.95 gram) dan 2.45 gram ganja ditemui di dalam CPU di rumah tersebut serta 11 gram Ecstacy, 2.7 gram Erimin 5 dan 3.55 gram Ketamine ditemui di dalam kereta suspek.

“Kesemua dadah ini kita rampas dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia