Utusan Borneo (Sarawak)

KM: Penceramah mesti ada tauliah daripada MAIS

Pengurusan masjid dan surau disaran minta pandangan MAIS, elak penyebaran langgar fakta agama

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Pengurusan masjid dan surau disaran mendapatka­n pandangan atau mengambil penceramah ditauliah Majlis Islam Sarawak ( MAIS) terutamany­a bagi pengisian program bulan Ramadan.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, ia bagi mengelak penyebaran fakta atau pandangan yang tidak selari dengan pegangan agama negeri ini.

Menurutnya, sehingga kini belum ada kes senarai hitam dalam pengambila­n penceramah di masjid atau surau, namun Sarawak perlu berhati-hati dan memantauny­a daripada berlaku.

“Penceramah mesti ada tauliah daripada MAIS. Dengan tauliah ini, kita dapat memberi nasihat kepada masyarakat Islam seterusnya memberi manfaat kepada mereka terutama pada bulan Ramadan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian

Penceramah mesti ada tauliah daripada MAIS. Dengan tauliah ini, kita dapat memberi nasihat kepada masyarakat Islam seterusnya memberi manfaat kepada mereka terutama pada bulan Ramadan ini. Datuk Amar Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

ketika ditemui pemberita selepas menyempurn­akan Majlis Agihan Sumbangan MAIS kepada masjid dan surau yang dihadiri Yang Dipertua MAIS, Datu Misnu Taha di Dewan Hikmah di sini, semalam.

Abang Johari tidak menafikan terdapat aduan mengenai perkara berkenaan bagaimanap­un memberitah­u, ia bukan pada tahap membimbang­kan.

“Memang ada aduan tetapi tidak membimbang­kan. Just- eru, kita telah memberi nasihat kerana tidak mahu penceramah membawa pandangan tidak selari dengan pegangan sedia ada.

“Kita tidak mahu ada percubaan boleh mencetus suasana tidak seimbang sekali gus menjejas pegangan sedia ada,” tegasnya.

Pada masa sama, Abang Johari mahu umat Islam di negeri ini bersama mengekal perpaduan sekali gus dapat meningkatk­an ekonomi.

Jelasnya, ekonomi baik juga memberi impak positif kepada umat Islam dalam pembayaran zakat.

“Sebagai contoh Tabung Baitulmal Sarawak ( TBS) pada tahun 2016 berjaya mengutip RM100 juta daripada zakat termasuk dari hasil lain.

“Sebanyak RM72 juta daripadany­a adalah kutipan zakat dan baki hasil pendapatan aset.

“Kutipan zakat RM72 juta itu meningkat berbanding tahun 2015 iaitu RM68 juta menandanka­n eknomi kita berada dalam keadaan baik,” katanya.

Pada majlis berkenaan semalam, Abang Johari turut menyampaik­an agihan sumbangan MAIS kepada 99 masjid dan 222 surau.

Sementara sebanyak 25 siri agihan sumbangan MAIS melibatkan 1,378 masjid dan surau seluruh negeri dengan jumlah sumbangan RM1.38 juta serta penyerahan Zakat Perniagaan daripada Celcom Mobile Sdn Bhd bernilai RM193,930 kepada TBS.

 ??  ?? ZAKAT PERNIAGAAN: Abang Johari menerima replika cek daripada wakil Celcom sambil disaksikan Misnu (dua kiri) dan Pengurus Besar TBS Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie (tiga kiri) serta tetamu jemputan lain, semalam.
ZAKAT PERNIAGAAN: Abang Johari menerima replika cek daripada wakil Celcom sambil disaksikan Misnu (dua kiri) dan Pengurus Besar TBS Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie (tiga kiri) serta tetamu jemputan lain, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia