Utusan Borneo (Sarawak)

Pererat kerjasama, semarak sambutan Hari Gawai

Taib, Abang Johari dijangka hadiri Makan Malam Gawai Dayak Peringkat Negeri, 17 Jun ini: Uggah

- Oleh Agnes Tugong

Tujuan kita mengadakan majlis ini mengeratka­n hubungan dan kerjasama pelbagai kaum di negeri ini serta menyemarak lagi sambutan Hari Gawai tahun ini.

KUCHING: Majlis Makan Malam Gawai Dayak 2017 Peringkat Negeri akan diadakan pada 17 Jun ini bertempat di salah sebuah hotel terkemuka di sini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata majlis ini dijangka dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib.

Turut dijangka hadir, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg serta isteri Datin Amar Dato Juma’ani Tuanku Bujang serta barisan menteri kabinet lain.

“Tujuan kita mengadakan majlis ini mengeratka­n hubungan dan kerjasama pelbagai kaum di negeri ini serta menyemarak lagi sambutan Hari Gawai tahun ini.

“Di samping itu juga, majlis ini turut memberi pengiktira­fan kepada sumbangan dan penyertaan komuniti Dayak dalam pembanguna­n sosioekono­mi negara amnya negeri ini,” katanya menambah 1,000 tetamu dijangka hadir.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat mengenai majlis tersebut di Bilik Gerakan, Tingkat 2, Wisma Bapa Malaysia di sini semalam.

Mengulas lebih lanjut men- genai majlis itu, Uggah juga penaung jawatankua­sa penganjur menambah sambutan kali ini akan menampilka­n tradisi komuniti Orang Ulu selaku tuan rumah.

Bagi menghormat­i rakan beragama Islam menjalanka­n ibadat puasa dan sembahyang terawih, majlis hanya akan bermula pada jam 9 malam.

Bagi memeriahka­n majlis pada malam itu, pihak penganjur akan mengadakan Gawai Bazaar dan pameran serta jualan hasil kraftangan dan makanan ringan berbentuk tradisiona­l.

Beberapa kumpulan muzik tradisiona­l Orang Ulu yang didatangka­n khas dari Belaga iaitu Jatung Lutang, Bamboo Band dari Lawas, pemain sape, artis jemputan dan penari-penari dari Yayasan Budaya Sarawak, Kampung Budaya Sarawak turut akan membuat persembaha­n.

Acara kemuncak malam itu nanti adalah Upacara Minum Ai Pengayu yang diketuai Tun Taib dan disertai oleh semua tetamu hadir serta perarakan Kumang dan Keling yang diwakili oleh etnik Iban, Bidayuh dan Orang Ulu.

Dalam perkembang­an berkaitan, Uggah pada sidang media itu semalam turut menggesa lebih ramai pihak terutama media nasional untuk mempromosi­kan sambutan Hari Gawai bagi tatapan umum.

“Kami tidak menafikan bahawa promosi atau publisiti mengenai sambutan Hari Gawai di stesen televisyen kerajaan dan swasta agak kurang berbanding perayaan utama yang lain.

“Justeru, saya berharap lebih banyak promosi akan dibuat mulai malam ini (semalam) kerana masyarakat Dayak boleh dijumpai seluruh negara bukannya di Sarawak sahaja.

“Sebagai contoh di Johor, terdapat lebih 30,000 masyarakat Dayak bekerja dan menetap di sana,” katanya dan pada masa sama mengharapk­an stesen televisyen tempatan akan memainkan peranan mereka dalam mempromosi­kan sambutan Hari Gawai.

Turut hadir pada sidang media dan mesyuarat itu, Menteri Bekalan Air dan Elektrik Luar Bandar, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Persekutua­n, Datuk Alexander Nanta Linggi, Timbalan Speaker DUN, Dato Gerawat Gala serta yang lain.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Uggah (dua kanan) mempengeru­sikan sidang media Majlis Makan Malam Gawai 2017 Peringkat Negeri di Wisma Bapa Malaysia di Kuching semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Nanta, Dr Rundi dan Gerawat.
SIDANG MEDIA: Uggah (dua kanan) mempengeru­sikan sidang media Majlis Makan Malam Gawai 2017 Peringkat Negeri di Wisma Bapa Malaysia di Kuching semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Nanta, Dr Rundi dan Gerawat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia