Utusan Borneo (Sarawak)

Wan Junaidi gesa PBPM Sarawak sepakat percepat pemberian anugerah PJPN

-

KUCHING: Persatuan Bekas Anggota Polis Malaysia ( PBPM) Negeri Sarawak digesa sepakat dengan persatuan seumpamany­a untuk mempercepa­tkan pemberian anugerah Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN).

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, beliau yakin masih ada 10,000 pingat telah mendapat kelulusan Yang di-Pertuan Agong dan digazetkan untuk kerajaan.

“Kali pertama Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) iaitu tanggal April 2014, Tuan Yang Terutama (TYT) Sarawak telah menganuger­ahkannya kepada anggota yang layak,” katanya yang pernah menjadi pengerusi persatuan itu dahulu.

Jelasnya, Sarawak merupakan negeri pertama mengadakan penganuger­ahan sehingga kali ketiga dengan tidak kurang 100 orang me- nerimanya selepas itu.

“Sebenarnya, secara peribadi saya menganggap penganuger­ahan pingat tidak memerlukan satu acara formal kerana masih terdapat 140,000 anggota layak masih belum mendapatny­a.

“Mana- mana pemimpin negeri di peringkat persekutua­n dan negeri serta Exconya boleh mewakili Yang di- Pertuan Agong untuk melaksanak­annya,” katanya pada sidang media di pejabat- nya di sini semalam.

Ia berikutan ramai kalangan anggota berkhidmat pada waktu darurat sekitar tahun 1948 sehingga 1989 di Semenanjun­g Malaysia dan di Sarawak pada 1952 sehingga 1990 kini telah berusia antara 80 ke 90 tahun.

Beliau sering mendengar rungutan dan rintihan bekas anggota polis akan nasib hidup tidak terbela dan meminta sekiranya terdapat inisiatif segera dilaksana oleh persatuan.

Justeru, beliau mahu pasukan bekas polis lebih proaktif bukan sahaja untuk ahli tetapi juga ahli komuniti.

Cari bantuan khusus untuk anggota polis termasuk rumah PPRT, BR1M layak walaupun ada pencen yang rendah, pinjaman untuk anak-anak menyambung persekolah­an, ujarnya.

Beliau menyambut baik tampuk kepimpinan AJK persatuan peringkat negeri tersebut yang kini diterajui oleh Pengerusi yang baharu Benjamin Gersit Jais.

Turut dibantu Anthony Abell sebagai naib pengerusi, Nichol Nyambang sebagai Setiausaha, Naib Setiausaha Eugene Tay, bendahari Joh Zakaria Sani.

Wan Junaidi menyampaik­an sumbangan peribadi bernilai RM10,000 dan geran daripada Pusat Perkhidmat­an Santubong sebanyak RM10,000 kepada persatuan itu semalam.

 ??  ?? WAN JUNAIDI
WAN JUNAIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia