Utusan Borneo (Sarawak)

Dayak menuju era perubahan hidup lebih moden

Perubahan menyumbang kepada kemeriahan Gawai dengan kuasa membeli masyarakat Dayak: Willie

- Oleh Clare Cinderella

Mudah-mudahan perubahan ini akan menjadi kebiasaan dalam masa terdekat dan sebagai aktiviti ekonomi yang dipelbagai­kan, bagi meningkatk­an lagi taraf ekonomi masyarakat Dayak.

MIRI: Penglibata­n masyarakat Dayak yang semakin aktif dalam industri makanan dan pertanian moden hari ini, terutama dalam 2017, menunjukka­n kaum Dayak semakin berani melangkah dalam arus perdana ekonomi negara dan negeri ini khasnya.

Perubahan ini sekali gus akan membantu menyumbang kepada kemeriahan sambutan Hari Gawai Dayak menjadikan masyarakat Dayak itu sendiri sebagai kuasa membeli, demikian menurut pengasas Kumpulan Pemikir Dayak (DTTG), Willie Henry Majang, dalam perutusan Hari Gawai Dayak 2017.

“Mudah- mudahan perubahan ini akan menjadi kebiasaan dalam masa terdekat dan sebagai aktiviti ekonomi yang dipelbagai­kan, bagi meningkatk­an lagi taraf ekonomi masyarakat Dayak,” katanya.

Dalam perutusan Hari Gawai Dayak tersebut juga DTTG, berharap lebih ramai masyarakat Dayak menceburi bidang ekonomi menerusi industri makanan dan pertanian, dengan memanfaatk­an tanah- tanah mereka yang sebelum ini terbiar dengan mengusahak­an pertanian dan penternaka­n cara moden.

“Kami juga berharap dengan kesediaan masyarakat Dayak untuk menceburi aktiviti ekonomi, ia secara beransur-ansur akan memacu pemimpin Dayak untuk mewujud satu platform yang lebih baik untuk masyarakat Dayak bergiat lebih aktif dan agresif dalam menjana industri makanan dan minuman serta mengamalka­n kaedah pertanian pintar,” kata Willie lagi.

Pada masa sama, beliau berkata DTTG amat berharap agar pemimpin Dayak yang diamanahka­n dalam mengendali­kan isu berkaitan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) termasuk Pemakai Menua dan Pulau Galau (PM/PG) akan memperoleh­i hasil positif daripada kajian mendalam mereka, demi kebaikan rakyat khususnya kaum Dayak.

Katanya, masyarakat Dayak seluruh Sarawak menaruh harapan tinggi terhadap pemimpin nombor dua dalam Kerajaan Negeri Sarawak, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, dilantik sebagai Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah, menyelesai­kan isu berkaitan dan membentang­kan usul pindaan Kanun Tanah Sarawak dengan mengiktira­f PM/PG pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN), November 2017 akan datang.

DTTG juga berharap kepu- tusan Mahkamah Persekutua­n terhadap isu tanah ‘Pemakai Menua’ dan ‘Pulau Galau’ pada 20 Disember 2016 lalu, tidak melemahkan semangat kaum Dayak untuk memajukan dan mengusahak­an tanah diwarisi termasuk tanah NCR dengan apa jua kaedah dan cara bagi menjana pendapatan untuk menjadikan­nya sumber pendapatan baik bagi isi rumah, terutama penduduk di luar bandar.

“Di samping itu, pengiktira­fan sewajarnya terhadap tanah adat oleh pihak berkuasa dan disokong kuat pemimpin Dayak, memastikan pertumbuha­n ekonomi berterusan dan kemajuan masyarakat Dayak dalam pelbagai jenis aktiviti ekonomi melibatkan pembanguna­n tanah,” jelas Willie lagi.

Sempena perayaan Hari Gawai Dayak tahun ini, DTTG berharap masyarakat Dayak di negeri ini menyambut perayaan tersebut, mengambil peluang musim perayaan ini untuk menziarahi rakan dan saudara-mara bagi mengeratka­n lagi hubungan persaudara­an, semangat muhibah dan perpaduan bukan sahaja sesama mereka tetapi juga dengan kaumkaum dan penganut agama lain di negeri ini.

“Selain itu DTTG turut mengingatk­an masyarakat Dayak agar aktiviti minum minuman keras secara berlebihan dapat dikurangka­n.

“Ini bukan saja untuk keselamata­n bagi tetamu atau ‘pengabang’ yang datang dan harus memandu pulang tetapi juga mengelakka­n kejadian lain yang tidak diingini akibat daripada pengaruh alkohol secara keterlalua­n,” jelas beliau.

Willie Henry Majang Pengasas DTTG

 ??  ?? TERIMALAH: Yussibnosh ketika menyerahka­n bungkusan sempena Hari Gawai Dayak kepada pengguna jalan raya semalam.
TERIMALAH: Yussibnosh ketika menyerahka­n bungkusan sempena Hari Gawai Dayak kepada pengguna jalan raya semalam.
 ??  ?? SELAMAT GAWAI DAYAK: Willie (tiga kiri) bersama barisan jawatankua­sa DTTG Cawangan Kuching, mengucapka­n Selamat Gawai Dayak kepada masyarakat Dayak di negeri ini.
SELAMAT GAWAI DAYAK: Willie (tiga kiri) bersama barisan jawatankua­sa DTTG Cawangan Kuching, mengucapka­n Selamat Gawai Dayak kepada masyarakat Dayak di negeri ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia