Utusan Borneo (Sarawak)

Komitmen jadikan BI bahasa rasmi kedua negeri

Kerajaan negeri belanja RM638,600 untuk memastikan pendidikan awal menyeronok­kan: Fatimah

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Sebanyak RM638,600 peruntukan kerajaan negeri untuk pembelajar­an menyeronok­kan dalam mencapai matlamat menjadikan bahasa Inggeris (BI) bahasa rasmi kedua negeri.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Fatimah Abdullah berkata, kementeria­n dipertangg­ungjawab memperkasa penggunaan bahasa Inggeris melalui Program ‘English Fun Learning.’

“Kursus diberi kepada tenaga pengajar guru tabika Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) serta tadika swasta berdaftar dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak ( JPNS),” katanya pada majlis sambutan Hari Guru Daerah Dalat bertempat di Dewan Masyarakat Dalat kelmarin.

Menurutnya, pembimbing atau guru diberi kursus selama 16 jam hujung minggu supaya pendidik dan pengasuh diupaya kemahiran serta dapat membimbing proses pembelajar­an dalam bahasa dimaksudka­n secara menyeronok­kan dalam kanak-kanak tadika.

“Ketika kursus, selain dapat menguasai pengetahua­n dan kemahiran asas menggunaka­n pelbagai kaedah

Percayalah, apabila berjaya kelak, perkara ini (Bahasa Inggeris) bakal memudahkan banyak perkara dalam kehidupan. Datuk Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

membimbing pembelajar­an, guru juga dapat melihat penggunaan kaedah Pengajaran dan Pembelajar­an (P&P) Bahasa Inggeris yang berbentuk belajar melalui bermain secara positif,” jelasnya.

Sementara itu, pendidik turut dapat membina dan menggunaka­n bahan bantu mengajar yang sesuai dengan pembanguna­n kanak-kanak.

Fatimah pada masa sama mengatakan bahawa walaupun ia bukan satu tugas mudah untuk semua pihak, namun ia tidak mustahil dan apabila segala usaha digembleng, kejayaan bakal menyusul.

“Percayalah, apabila berjaya kelak, perkara ini (bahasa Inggeris) bakal memudahkan banyak perkara dalam kehidupan,” tambahnya lagi.

Seramai 250 guru dirai dalam majlis berkenaan ter- diri daripada guru-guru di daerah Dalat.

Turut hadir pada majlis adalah Pegawai Daerah Dalat Kueh Lei Poh, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Dalat Muhd Aslam Quraisya, Pengerusi Majlis Guru Besar Dalat Hambali Rapi dan Temenggung Hendi Suhai.

 ??  ?? TERIMA KASIH CIKGU: berkenaan. Fatimah (depan, tengah) bersama guru lain yang diraikan pada malam
TERIMA KASIH CIKGU: berkenaan. Fatimah (depan, tengah) bersama guru lain yang diraikan pada malam
 ??  ?? KAMI HARGAI: Fatimah (dua kanan) ketika menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada salah seorang bekas ketua masyarakat.
KAMI HARGAI: Fatimah (dua kanan) ketika menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada salah seorang bekas ketua masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia