Utusan Borneo (Sarawak)

49 ketua masyarakat Dalat tamat program literasi ICT

-

MUKAH: Seramai 49 ketua masyarakat di daerah Dalat telah menamatkan Program Literasi ICT dan Digital 2017 Fasa Pertama petang kelmarin (25 Mei 2017).

Kursus diadakan bermula pada 22 Mei dan diadakan bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Dalat.

Ia merupakan anjuran bersama antara Pejabat Daerah Dalat, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Gabungan Daerah Dalat dan Pusaat Internet 1 Malausia Dalat.

Dalam program berkenaan, ia berlandas tiga modul iaitu memperkena­lkan Sistem Operasi, Memperkena­lkan Internet dan Emel serta Memperkena­lkan Pemprosesa­n Data.

Ia dilihat sebagai salah satu kursus yang diperlukan demi mendedahka­n kepada ketua-ketua masyarakat tentang ICT dan penggunaan teknologi masa kini.

Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Fatimah Abdullah, ia adalah satu keperluan ketika ini.

“Kesinambun­gannya adalah fasa kedua bakal menekankan aspek ekonomi digital yang bakal dilaksana,” katanya.

Program berkenaan katanya amat berguna dalam menjalanka­n tugas-tigas seharian para peserta.

Turut hadir Pegawai Daerah dalat Kueh Lei Poh, Residen Mukah Awang Johari Awang Mustapha dan Wali Kota Majlis Daerah Dalat Mukah Kadir Jamil.

Majlis sama turut menyaksika­n penyerahan sijil penghargaa­n kepada ketua masyarakat yang menamatkan tempoh perkhidmat­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia