Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama polis, orang awam cegah jenayah Miri

Indeks jenayah Miri terus terkawal, catat penurunan sebanyak tiga peratus sehingga 25 Mei tahun ini

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Hasil kerjasama polis dan orang awam menjadikan banyak kejayaan dapat dicapai dalam aktiviti mencegah jenayah di bandar ini.

Bekas Ketua Polis Daerah (KPD) Miri ACP Khoo Leng Huat berkata, antara kejayaanmy­a ialah indeks jenayah bandar ini dalam keadaan terkawal dan mencatat kadar penurunan sebanyak tiga peratus sehingga 25 Mei tahun ini.

“Kadar pertuduhan juga mencapai 38 peratus melebihi Indeks Prestasi Utama (KPI) ditetapkan iaitu 35 peratus.

“Program Pegawai Perhubunga­n Sekolah telah dilancarka­n membantu sekolah dalam aspek mengawal disiplin pelajar melibat 21 sekolah menengah dan 76 sekolah rendah di daerah Miri.

“Akhir sekali, kita berjaya merapat perhubunga­n antara polis dan masyarakat setempat seiring dengan tema Polis Diraja Malaysia ( PDRM) - Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam amanat semasa perbarisan sempena persaraan tugas beliau, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri di sini, semalam.

Khoo berharap agar perhubunga­n antara polis dan masyarakat Miri berada di tahap lebih rapat dan harmoni untuk bersama-sama dalam aspek pencegahan jenayah dan keselamata­n komuniti.

“Sepanjang tempoh perkhidmat­an di sini, saya mendapat sokongan penuh dan kerjasama semua pegawai dan polis termasuk pegawai awam serta pada masa yang sama sokongan penuh diberi oleh semua lapisan masyarakat.

“Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n dan terima kasih kepada anggota polis, kakitangan serta orang awam atas kerjasama diberi sepanjang bertugas sebagai KPD,” katanya.

Terdahulu, Khoo turut membuat pemeriksaa­n baris anggota polis serta menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada pegawai polis, wakil Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan media.

Khoo berkhidmat selama 38 tahun dan 15 hari dalam PDRM ini bersara wajib semalam setelah memegang jawatan sebagai KPD Miri untuk tempoh tujuh bulan 21 hari.

Sepanjang tempoh perkhidmat­an di sini, saya mendapat sokongan penuh dan kerjasama semua pegawai dan polis termasuk pegawai awam serta pada masa yang sama sokongan penuh diberi oleh

masyarakat. ” semua lapisan ACP Khoo Leng Huat Bekas KPD Miri

 ??  ?? PERIKSA: Khoo membuat pemeriksaa­n barisan anggota polis.
PERIKSA: Khoo membuat pemeriksaa­n barisan anggota polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia