Utusan Borneo (Sarawak)

JCI Riam berjaya menang tiga anugerah konvensyen

-

SARIKEI: Seramai 100 penduduk kawasan Bayong dan Ulu Sarikei dekat sini menerima bantuan bencana banjir semalam.

Bantuan berjumlah RM500 setiap seorang disampaika­n Ahli Parlimen P209 Julau, Datuk Joseph Salang Gandum.

Dalam amnanatnya pada majlis penyerahan bantuan tersebut Joseph Salang berkata, bantuan tersebut mampu meringan beban penduduk rumah panjang berkenaan untuk menampung keperluan khusus dalam proses membaik pulih rumah panjang dan juga barangan mereka yang telah rosak semasa ditimpa musibah banjir tempoh hari.

“Kita sedar bahawa bantuan seumpama ini sudah sekian lama ditunggu-tunggu penduduk. Dengan peruntukan ini kita berharap mampu dimanfaat sebaik mungkin,” katanya pada majlis berlang- sung di Rumah Nyuka Lubuk Lemba, dekat sini.

Sebanyak enambuah rumah panjang di sekitar kawasan ini telah menerima bantuan banjir iaitu Rumah Nyuka sebanyak 46 pintu keluarga, Rumah Layan (27 pintu), Rumah Empaling (10 pintu), Rumah Gandom (12 pintu), Rumah Andrew Balan ( 2 pintu) dan penduduk dari Sungai Bayong (3 pintu).

Dalam majlis sama juga, Salang turut menyempurn­a upacara pecah tanah bagi pembinaan Balai Pasukan Bomba Sukarela Lubuk Lemba.

Turut hadir sama pada majlis ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N45 Repok, Dato Sri Huang Tiong Sii, ADUN N46 Meradong, Ding Kuong Hiing, Residen Bahagian Sarikei, Junaidi Mohidin dan wakil Pengarah Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Farhan Sufyan. MIRI: Junior Chambers Internatio­nal (JCI) Riam berjaya memenangi tiga anugerah pada Konvensyen JCI Kawasan Sarawak anjuran JCI Kuching berlangsun­g pada 18 Mei hingga 21 Mei lalu.

Anugerah terbabit ialah Anugerah Sokongan Padu Organisasi Tempatan, Anugerah Kecemerlan­gan Pengurusan dan Anugerah Sokongan Padu Pegawai Kawasan yang dianugerah kepada ahlinya Wendy Ho.

Menurut Presiden JCI Riam Petrus Gerard Young, sepuluh ahli JCI Riam mengambil bahagian dalam konvensyen yang dikendalik­an oleh JCI Kuching tahun ini.

Konvensyen telah berlangsun­g di Hotel Grand Dormani Rajah Court, Kuching.

“Pelbagai aktiviti turut diselitkan sepanjang konvensyen seperti pertanding­an perbahasan, pengucapan awam, latihan kemahiran dan termasuk juga kursus motivasi.

“JCI sebuah organisasi bukan kerajaan untuk belia berumur 18 hingga 40 tahun yakin bahawa untuk mendapatka­n impak positif, ahlinya perlu bekerjasam­a bukan sahaja untuk memajukan diri sendiri, bahkan juga membantu meningkatk­an pesekitara­nnya,”jelasnya.

Katanya, dengan bergerak secara aktif dalam pelbagai program projek pembanguna­n antarabang­sa dalam komuniti, ahli JCI turut menyumbang­kan tenaga dalam melaksanak­an tanggungja­wab sosial.

“Justeru itu, kita mengalu-alukan golongan belia untuk terlibat dalam JCI dan bersama menganjurk­an program secara sukarela untuk masyarakat setempat,” tambahnya.

Mereka yang berminat menyertai JCI atau mengetahui lanjut berhubung aktiviti JCI, boleh menghubung­i Petrus di talian 016- 579 8390.

 ??  ?? SELAMAT DATANG: Salang dan rombongann­ya tiba pada Majlis Penyerahan Bantuan Bencana Banjir, di Rumah Nyuka, Lubuk Lemba, Ulu Sarikei, semalam.
SELAMAT DATANG: Salang dan rombongann­ya tiba pada Majlis Penyerahan Bantuan Bencana Banjir, di Rumah Nyuka, Lubuk Lemba, Ulu Sarikei, semalam.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Petrus (tengah) merakam kenangan bersama Presiden JCI Kebangsaan Nurul Huda M. Affandi (empat kanan), Pengerusi JCI Kawasan Sarawak Samantha Yong (empat kanan) dan ahli JCI yang lain pada konvensyen yang berlangsun­g di Kuching baru-baru ini.
UNTUK ALBUM: Petrus (tengah) merakam kenangan bersama Presiden JCI Kebangsaan Nurul Huda M. Affandi (empat kanan), Pengerusi JCI Kawasan Sarawak Samantha Yong (empat kanan) dan ahli JCI yang lain pada konvensyen yang berlangsun­g di Kuching baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia