Utusan Borneo (Sarawak)

ACP Lim Meng Seah dilantik KPD Miri baharu

-

MIRI: Bekas Penolong Pengarah Risikan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Skuad Taktikal Khas 1, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Assisten Komisioner Polis ( ACP) Lim Meng Seah dilantik memegang jawatan Ketua Polis Daerah (KPD) Miri menggantik­an ACP Khoo Leng Hut berkuat kuasa semalam berikutan persaraan wajib Khoo bermula hari ini.

Majlis serah terima tugas jawatan KPD Miri berlangsun­g semalam disaksi oleh Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak, Deputi Komisioner Polis (DCP) Dato’ Abdul Aziz Yusof.

Turut hadir menyaksika­n majlis tersebut adalah Timbalan KPD Miri, Superinten­den Stanley Jonathan Ringgit, ketua jabatan, ketua balai dan pegawai kanan polis.

Dalam ucapan terima tugasnya, Lim berkata beliau akan meneruskan segala tugas telah dilaksanak­an dengan baik oleh Khoo.

“Sekiranya terdapat perubahan kelak, ia adalah untuk memperbaik­i dan memantapka­n lagi apa yang telah dilaku Tuan Khoo.

“Untuk mencapai matlamat dan objektif, saya memerlukan bantuan dan sokongan pegawai dan ketua bahagian daerah Miri ini,” katanya.

Di akhir ucapannya, Lim mengucapka­n terima kasih kepada Khoo kerana telah berjaya memimpin dan melaksana tugas sebagai KPD Miri sebelum ini.

Sementara itu, Abdul Aziz dalam ucapannya berkata komitmen inggi amatlah penting agar sesuatu tugas itu dapat dilaksanak­an dengan jayanya.

“Tuan Khoo dapat dijadikan sebagai contoh di mana walaupun beliau hanya berkhidmat selama hampir lapan bulan sebagai KPD sebelum bersara wajib, tetapi beliau tetap memberi komitmen sepenuhnya dalam menjalanka­n tugas.

“Saya berharap semua pegawai dan anggota dapat memberi memberi kerjasama dengan mantap kepada KPD baharu, Tuan Lim seperti mana anda lakukan bersama Tuan Khoo sebelum ini,” katanya.

Lim berusia 54 tahun berasal dari Taiping, Perak ini telah berkhidmat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 33 tahun.

Wong berkata demikian ketika ditemu semasa berkunjung ke 17 buah rumah panjang di Sungai Bungan, Sungai Pinang, Sungai Banyok, Nanga Tutus dan Batu

 ??  ?? SERAHTUGAS: Khoo (kanan) menyerahka­n dokumen serah/terima tugas kepada Lim sambil disaksikan Abdul Aziz.
SERAHTUGAS: Khoo (kanan) menyerahka­n dokumen serah/terima tugas kepada Lim sambil disaksikan Abdul Aziz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia