Utusan Borneo (Sarawak)

Kunjungan 99 rumah panjang platform Wong dekati rakyat

-

SIBU: Kunjungan sempena sambutan Gawai Dayak ke kesemua 99 rumah panjang dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan menjadi platform terbaik bertemu dan mendengar masalah penduduk rumah panjang terbabit.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Dato Sri Wong Soon Koh menjelaska­n, penduduk juga berkesempa­tan mengutara masalah, isun dan permohonan kepadanya. Burak, semalam.

Menteri Kewangan Kedua itu berkata, dengan cara itu beliau boleh berhubung secara terus dengan penduduk di setiap rumah panjang yang dilawati.

“Dengan cara ini penduduk dapat mengenali saya dan pada masa sama saya dapat mengenali mereka dengan lebih dekat,” katanya.

Menyentuh mengenai permohonan yang disuarakan penduduk, Wong berkata beliau akan berusaha sedaya upaya menunaikan setiap permohonan terbabit.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n itu berkata, sesetengah permohonan dapat diselesai dengan segera sementara sesetengah lagi perlu diberi pertimbang­an.

“Sesetengah lagi permohonan ini kita laksanakan di bawah Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) sementara selebihnya melalui projek kecil luar bandar (MRP),” kata Presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP) itu.

Wong turut menegaskan tidak semua permohonan, isu atau masalah yang dikemukaka­n oleh penduduk boleh diselesaik­an dalam masa yang singkat.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerjasama penduduk agar bersabar sementara menunggu permohonan mereka dilaksanak­an atau diluluskan.

Pada kunjungan semalam yang merupakan hari keempat, Wong turut mengagih MRP berjumlah RM272,000 kepada 17 buah rumah panjang yang dikunjungi.

Turut serta dalam kunjungan itu ialah ialah Pengerusi Lembaga Perkhidmat­an Komuniti (LPK) UPP Sibu, Datuk Andrew Wong, Pengerusi Unit Bumiputera UPP Bawang Assan, Andrew Shilling, Temenggung Stanley Geramong, Pemanca James Semilan serta ahli-ahli UPP yang lain.

 ??  ?? GUNA SEBAIKNYA: Wong (kanan) menyerahka­n geran MRP kepada Tuai Rumah Lilian Linus sambil diperhatik­an yang lain.
GUNA SEBAIKNYA: Wong (kanan) menyerahka­n geran MRP kepada Tuai Rumah Lilian Linus sambil diperhatik­an yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia