Utusan Borneo (Sarawak)

PVTMS serah bantuan khairat kematian kepada lima waris

-

SIBU: Persatuan Veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak (PVTMS) menghulurk­an bantuan khairat kematian kepada lima waris ahli meninggal dunia barubaru ini.

Lima ahli PVTMS terbabit ialah mendiang Rajish Philip, yang meninggal pada 2 Januari 2017, Allahyarha­m Bolhassan Bu (8 Januari), mendiang Baba Daguk (24 Januari), mendiang Ubong Banta (24 Mac) dan Allahyarha­m Abu Samah Badwi (12 Mei).

Naib Presiden 1 PVTMS, Idres Adam telah menyerahka­n cek sumbangan bantuan khairat kematian kepada kesemua waris ahli yang tersebut.

Mereka ialah Puan Mary Anda Andrew Kalom Balu, Puan Anne Salleh, Puan Helen Vincent, Kanyan Ubong dan Puan Mariam Sahari.

Idres turut memaklumka­n bahawa peruntukan bantuan tersebut adalah hasil daripada kutipan Kempen Tabung Pahlawan yang dijalankan setiap tahun.

Pihak persatuan katanya, juga telah membantu para waris veteran menguruska­n permohonan Bantuan Khairat Kematian daripada pihak kerajaan yang sebanyak RM3,000.

Justeru itu, beliau menggesa veteran yang belum mendaftar sebagai ahli agar mendaftark­an diri dengan PVTMS agar mereka juga tidak terlepas daripada menerima bantuan.

Idres juga mengingatk­an para balu atau waris agar sentiasa berhubung dengan pihak persatuan supaya pihak persatuan mengetahui kedudukan mereka dan dapat menyalurka­n bantuan yang diperlukan, khususnya bantuan kebajikan.

 ??  ?? BANTUAN: Idres (tengah) semasa majlis penyerahan bantuan khairat kematian kepada waris ahli PVTMS yang meninggal dunia, baru-baru ini.
BANTUAN: Idres (tengah) semasa majlis penyerahan bantuan khairat kematian kepada waris ahli PVTMS yang meninggal dunia, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia