Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki dipenjara, denda bersalah guna dadah

-

MIRI: Seorang lelaki di- tahan polis kerana disyaki terlibat kegiatan penyalahgu­naan dadah.

Tangkapan ke atas suspek dibuat polis di tempat letak kereta, Pusat Komersial Taman Jelita, Taman Tunku, di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, suspek ditahan sejurus meletak kereta pada parkir di pusat komersial itu.

Siasatan pada suspek menjumpai satu peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu pada seluar suspek.

Oleh itu, dadah jenis syabu dengan berat kasar 0.45 gram dirampas dijadikan barang kes.

Pemeriksaa­n lanjut dalam kereta suspek tidak menjumpai apa-apa barang salah di sisi undang-undang.

Berikutan itu, suspek berusia 32 tahun dari Jalan Chin Syn Yu, Krokop kemudian dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri untuk tindakan lanjut.

Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamin­e dan Methamphet­amine.

Siasatan polis turut mendapati suspek mempunyai jenayah lampau dan pernah disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Suspek yang kemudianny­a ditangkap ini disiasat di bawah Seksyen 12 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. MIRI: Seorang lelaki didenda RM2,800 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret kelmarin kerana kesalahan menggunaka­n dadah berbahaya jenis Amphetamin­e dan Methamphet­amine.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Zuraini Ali Musa setelah meneliti beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukann­ya serta mengambilk­ira kepentinga­n awam.

Lau Kung Liong, 47, dari Pujut Corner di sini telah didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (akta 234) dan dihukum di bawah seksyen yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara dua tahun dan dikehendak­i serta- merta menjalani pengawasan selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun di bawah Seksyen 38B ADB 1952.

Berdasar pertuduhan kes, Lau telah didakwa menggunaka­n dadah berbahaya jenis Amphetamin­e dan Methamphet­amine yang terkandung di dalam Jadual Pertama ADB 1952 (akta 234) dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11.10 malam, 1 Februari tahun ini di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJND) Miri.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia