Utusan Borneo (Sarawak)

Dakwa salah urus Akaun Fi Pengurusan, beberapa pembeli unit MJC lapor SPRM

-

KUCHING: Beberapa pembeli unit di Bandar Baru Batu Kawa (MJC) semalam mengemukak­an laporan rasmi kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap sebuah syarikat pemaju tempatan mengenai Akaun Fi Pengurusan (Management Fee Account) mereka.

Pembeli yang diketuai Liew Ngian Chin bersama beberapa yang lain ditemani Pengerusi DAP Negeri Chong Chieng Jen mengemukak­an laporan berkenaan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Chong pada sidang media yang diadakan berkata, aduan kepada syarikat tersebut berkenaan dengan fi pengurusan yang dikutip oleh pemaju daripada pembeli yang didakwa tidak telus dan tidak jelas.

“Selama ini, pemaju tidak mendedahka­n butiran terperinci Akaun Fi Pengurusan kepada pembeli yang membayar yuran pengurusan.

“Pengadu mengesyaki ada elemen salah pengurusan dan rasuah berhubung dana dalam Akaun Fi Pengurusan oleh pemaju dan membuat laporan rasmi kepada SPRM hari ini (semalam),” ujarnya.

Menurut Chong, sebelum ini pembeli telah mengemukak­an surat kepada pengurusan supaya mendedahka­n terperinci akaun itu kepada mereka, tetapi masih enggan berbuat demikian.

Beliau berkata, aduan dibuat kerana pihak pengurusan disyaki tidak telus dalam perkara berkenaan.

Chong memberitah­u, Liew yang sebelum ini telah dilantik oleh Persatuan Pemilik untuk membuat audit Akaun Fi Pengurusan kepada pemaju.

“Sebaik sahaja Liew membuat audit Akaun Fi Pengurusan bagi 2001 hingga 2003, didapati sejumlah RM200,000 telah lesap dari akaun dan pihak pemaju bagaimanap­un setuju mengembali­kan jumlah berkenaan kepada akaun.

“Selepas itu, Liew tidak dibenar untuk melakukan audit kepada akaun terbabit dan sejak itu, tidak ada lagi audit didakwa dilakukan pembeli unit atau Persatuan Pemilik sehingga kini,” katanya. Chong menjelaska­n, pemilik tidak mempersoal­kan pembayaran yuran pengurusan berkenaan, tetapi mereka ingin mengetahui kewangan berkenaan sedangkan penyelengg­araan bangunan tidak dijalankan dengan baik, selain tiada pengawal keselamata­n.

Sementara itu, Liew mendakwa hasil daripada kutipan penyelengg­araan bangunan, rondaan keselamata­n dan pengurusan lain, syarikat dianggarka­n mendapat hasil RM2 juta hingga RM3 juta setahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia