Utusan Borneo (Sarawak)

100 sertai seminar tingkat peranan jadi belia SABERKAS

-

KUCHING: Seramai 100 peserta terdiri daripada Ahli Jawatankua­sa ( AJK) Tertinggi dari 25 unit Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak ( SABERKAS) Demak Laut menyertai Seminar SABERKAS Demak Laut 2017 di Taman Negara Bako, di sini, barubaru ini.

Diadakan selama dua hari bermula Sabtu dan Ahad lepas, seminar itu disempurna­kan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dr Hazland Abang Hipni.

Dr Hazland yang juga Pengerusi SABERKAS Demak Laut dalam ucapan ringkasnya pada majlis perasmian tersebut berkata penganjura­n seminar seumpama itu bertujuan meningkatk­an pemahaman tugasan dalam kepimpinan belia dalam pertubuhan berkenaan.

“Walaupun ia diadakan julung kalinya, saya begitu menyambut baik penganjura­n seminar seumpama ini kerana pada masa sama, para peserta dapat mengeratka­n lagi hubungan dan kerjasama sesama mereka,” katanya.

Jelasnya lagi, seminar itu juga diyakini mampu membuka minda para peserta, khasnya dari kalangan belia di bawah konstituen­si Demak Laut untuk menceburi bidang- bidang yang boleh membantu mereka mencapai matlamat.

“Ia termasukla­h matlamat masa hadapan di mana kita mahu para belia hari ini proaktif dalam menceburi bidang ekonomi digital Sarawak dan perancanga­n e- dagang Y30,” jelasnya.

Seminar yang turut mendapat kerjasama pihak ibu pejabat SABERKAS Negeri itu turut menyaksika­n, Dr Hazland menyampaik­an sumbangan dana berjumlah RM50,000 kepada 25 unit SABERKAS di kawasan DUN Demak Laut di mana masing- masing menerima RM2,000 bagi setiap unit bagi tujuan pengurusan di peringkat unit.

Selain itu, beliau juga turut menyampaik­an dana berjumlah RM10,000 melalui surat permohonan berbentuk kertas kerja program selain sijil penyertaan kepada semua peserta terlibat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia