Utusan Borneo (Sarawak)

Belanja sambut Gawai Dayak ikut kemampuan

-

BAU: Komuniti Bidayuh negeri ini dinasihat berbelanja mengikut kemampuan menyambut perayaan Gawai Dayak mengelak berbelanja lebih.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep berkata seseorang itu tidak harus terlalu banyak berbelanja untuk perayaan hanya selama sehari dua saja tetapi memburuk masalah kewangan dan membebanka­n keluarga.

Menurutnya, ini kerana keadaan ekonomi di negara ini sekarang berlainan berbanding situasi pada tahun sebelumnya.

“Dengan mata wang kita yang lemah, perbelanja­an kita adalah satu perkara yang kita perlu pantau dengan bijak.

“Kita juga harus bijak supaya tidak terlalu banyak berbelanja ketika membuat persiapan untuk perayaan kerana wang itu boleh di- gunakan untuk perkara lain seperti pendidikan anakanak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurn­akan majlis Sejambak Kasih anjuran Jabatan Kebajikan Masyar- akat ( JKM) di Kampung Serasot di sini, kelmarin.

Beliau percaya meraikan kejayaan anak yang lulus dari universiti atau mencapai kejayaan dalam hidup adalah lebih bermakna.

Walaupun demikian, beliau percaya ia adalah hak sesiapa sahaja untuk merayakan Gawai dengan cara tersendiri bersama keluarga dan rakan.

“Kita tidak boleh meng- halang orang yang mahu membelanja­kan wang untuk perayaan kerana ia adalah hak masing-masing,” katanya.

Sementara itu, pada majlis berkenaan Henry turut mengagihka­n sumbangan kepada 100 penerima dari kawasan Jagoi.

Sebuah kerusi roda turut diberikan kepada seorang penerima kurang upaya.

Menurutnya, program itu bertujuan memberi bantuan untuk meringanka­n beban golongan kurang bernasib baik seperti warga emas dan OKU.

Tambah beliau, program itu diadakan bukan sahaja pada waktu Gawai tetapi juga pada perayaan lain seperti Tahun Baharu Cina dan Hari Raya.

Beliau juga menyatakan sebagai wakil rakyat di Tasik Biru, beliau sendiri ada membantu membaik pulih rumah usang menerusi dana dari peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP).

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Dr Hazland (berdiri tengah) merakam kenangan bersama para peserta Seminar SABERKAS Demak Laut 2017, di Kuching baru-baru ini.
UNTUK ALBUM: Dr Hazland (berdiri tengah) merakam kenangan bersama para peserta Seminar SABERKAS Demak Laut 2017, di Kuching baru-baru ini.
 ??  ?? SAMPAIKAN: Henry (dua kanan) menyampaik­an sumbangan kepada penerima sempena program Sejambak Kasih di Kampung Serasot.
SAMPAIKAN: Henry (dua kanan) menyampaik­an sumbangan kepada penerima sempena program Sejambak Kasih di Kampung Serasot.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia