Utusan Borneo (Sarawak)

TPM sah dua lelaki Malaysia terbunuh di Marawi

Pertempura­n berlaku apabila pasukan keselamata­n Filipina serbu Marawi buru pemimpin Abu Sayyaf

-

ALOR GAJAH: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam mengesahka­n dua lelaki Malaysia terbunuh dalam pertempura­n pasukan keselamata­n Filipina dan kumpulan militan di Marawi, Mindanao pada Selasa.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata pada masa ini, pihaknya sedang meneliti pengenalan diri kedua- dua lelaki itu sebelum Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluark­an kenyataan terperinci.

“Saya telah berbincang dengan Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) dan kita sedang meneliti butiran penuh walaupun kita telah kenal pasti identiti dan dari mana mereka berasal.

“Maklumat risikan itu, Bukit Aman yang akan ke- luarkan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Masjid Salmah Khamis di Kampung Durian Daun di Masjid Tanah di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar tempatan berbahasa Inggeris mengenai dua rakyat Malaysia dipercayai antara 13 militan yang terbunuh dalam pertempura­n itu.

Pertempura­n itu berlaku apabila pasukan keselamata­n Filipina menyerbu Marawi untuk memburu pemimpin Kumpulan Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon, serta kumpulan Maute, yang mempunyai kaitan dengan IS atau Daesh.

Ahmad Zahid berkata Malaysia berterima kasih dengan pihak berkuasa Filipina atas kerjasama dan perkongsia­n maklumat berkaitan isu keselamata­n Malaysia, Indonesia dan Filipina.

Pada masa sama, katanya, pihak berkuasa Malaysia turut memantau aspek keselamata­n negara melalui Pusat Serantau Digital Bagi Memintas Mesej Melalui Komunikasi yang dikendalik­an Unit Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman.

“Bukan sahaja daripada Filipina, tetapi apa sahaja yang berlaku di Indonesia, kita juga berkongsi maklumat itu dan tindakan dilakukan berdasarka­n maklumat berkenaan,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Ahmad Zahid berkata beliau telah mengarahka­n PDRM, Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) dan Polis Sabah supaya sentiasa bersiap siaga dan memperketa­t kawalan keselamata­n di perairan negara untuk memastikan keselamata­n rakyat.

Langkah itu juga bagi memastikan negara tidak menjadi kawasan persembuny­ian kumpulan yang terlibat dalam pertempura­n di Marawi, kata beliau. — Bernama

Bukan sahaja daripada Filipina, tetapi apa sahaja yang berlaku di Indonesia, kita juga berkongsi maklumat itu dan tindakan dilakukan berdasarka­n maklumat berkenaan. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? DIRASMI: Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob (tengah) merasmikan Masjid Salmah Khamis di Empang Batu, Durian Daun, Alor Gajah, Melaka. Turut hadir Ahmad Zahid (dua kiri) bersama isteri Datin Seri Hamidah Khamis (kiri) dan Ketua Menteri Datuk...
— Gambar Bernama DIRASMI: Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob (tengah) merasmikan Masjid Salmah Khamis di Empang Batu, Durian Daun, Alor Gajah, Melaka. Turut hadir Ahmad Zahid (dua kiri) bersama isteri Datin Seri Hamidah Khamis (kiri) dan Ketua Menteri Datuk...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia