Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki kekalkan pengakuan tidak bersalah dua tuduhan ugutan jenayah

-

MIRI: Seorang lelaki masih mengekalka­n pengakuan tidak bersalahny­a di Mahkamah Majistret semalam atas dua tuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap dua individu lain.

Mahkamah kemudian menetapkan 26 Julai depan untuk perbicaraa­n lanjut.

Manakala tertuduh diperintah­kan supaya ditahan lanjut sementara menunggu tarikh tersebut.

Solomon Takep, 28, dari Lorong 9, Fasa 2 Taman Desa Senadin di sini telah didakwa atas dua tuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau keduaduany­a sekali, jika sabit kesalahan bagi setiap tuduhan dihadapi.

Berdasarka­n kes pertama, tertuduh telah dituduh melakukan ugutan jenayah dengan mengugut hendak mencederak­an Simon Usang Dominic, 23.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 1 petang, 10 Mei lalu di rumahnya di Lorong 9, Fasa 2 Taman Desa Senadin di sini.

Manakala dalam kes kedua, tertuduh telah didakwa melakukan kesalahan serupa dengan mengugut hendak membunuh Gloria Uring Dominic, 19.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 12.35 tengah hari, 29 April lalu di tempat yang sama.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa. PARIT: Polis menahan seorang pelajar tahun akhir jurusan kejurutera­an sebuah universiti swasta kerana dipercayai mengedar dadah di Seri Iskandar, dekat sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata pelajar berumur 21 tahun itu ditahan pada jam 6.30 petang bersama 26 plastik berisi dadah dipercayai jenis ganja di kawasan kolej kediaman universiti tersebut.

Katanya kesemua dadah seberat 248 gram itu dianggarka­n bernilai RM1,700, dipercayai untuk dijual kepada pelajar universiti berkenaan termasuk pelajar asing.

“Semasa ditahan pelajar itu cuba melarikan diri serta ber- tindak membuang bungkusan dadah bersamanya namun berjaya ditahan polis.

“Suspek yang dijangka menamatkan pengajian dua bulan lagi itu terlibat dengan kegiatan ini sejak dua tahun lepas, namun pengedar utama yang membekal dadah kepadanya masih dalam siasatan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mohamad Zainal berkata hasil siasatan mendapati suspek menjual dadah itu RM50 sepeket dan dipercayai hidup mewah dengan menikmati hasil lumayan jualan dadah tersebut.

Beliau berkata pemeriksaa­n ujian air kencing mendapati suspek positif ganja.

Polis turut menahan seorang rakan suspek berumur 20-an yang juga bekas pelajar universiti itu kerana didapati juga positif dadah jenis ganja.

“Rakannya kebetulan ada di bilik suspek kerana ingin mengambil sijilnya,” katanya.

Beliau berkata pelajar tahun akhir itu ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan direman sejak ditangkap hingga 31 Mei ini, manakala rakannya disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 serta direman empat hari hingga esok (hari ini).

Mohamad Zainal turut memberi amaran pihaknya akan mempergiat pemeriksaa­n bagi mengatasi masalah dadah dalam kalangan pelajar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia