Utusan Borneo (Sarawak)

Kastam Kedah rampas dadah bernilai lebih RM18 juta

-

BUKIT KAYU HITAM: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM18,330,000 di pintu masuk Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bukit Kayu Hitam pada 23 Mei lalu.

Timbalan Ketua Pengarah JKDM Datuk Zulkifli Yahya berkata dalam kejadian pada jam 9.15 pagi itu, seorang lelaki warga tempatan berusia 26 tahun ditahan untuk siasatan setelah anggotanya melakukan pemeriksaa­n ke atas kereta yang dipandu lelaki itu di lorong pemeriksaa­n kastam.

“Pemeriksaa­n rapi pada bahagian but kereta yang ditutup dengan papan lapis pada sistem audio itu menemukan sejumlah ketulan dadah jenis heroin seberat 154 kilogram, beberapa bungkusan Methamphet­amine seberat 38 kilogram dan Ketamine seberat enam kilogram,” katanya.

Beliau memberitah­u pemberita pada sidang media di pejabat JKDM Bukit Kayu Hitam, di sini, semalam sambil menambah ia merupakan rampasan terbesar di Kedah, setakat ini.

“Rentetan itu, seorang suspek lelaki berusia 36 tahun yang dipercayai anggota sindiket ditahan di Alor Setar untuk siasatan. Kita masih menyiasat di mana dadah itu diperolehi dan melibatkan pasaran mana, “katanya.

Zulkifli berkata, suspek berusia 26 tahun itu didapati berulang alik ke negara jiran sebelum ini melebihi dua kali.

Katanya, ujian air kencing ke atas kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis Methamphet­amine.

“Mereka direman hingga 5 Jun untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Zulkifli berkata, pihak JKDM akan terus meningkatk­an kawalan di sempadan Bukit Kayu Hitam supaya mereka yang terlibat dengan kegiatan ini tidak terlepas daripada penguatkua­saan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIRAMPAS: Zulkifli (tiga kiri) menunjukka­n bungkusan dadah bernilai RM18,330,000 yang dirampas di pintu masuk Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bukit Kayu Hitam pada 23 Mei lalu.
— Gambar Bernama DIRAMPAS: Zulkifli (tiga kiri) menunjukka­n bungkusan dadah bernilai RM18,330,000 yang dirampas di pintu masuk Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bukit Kayu Hitam pada 23 Mei lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia