Utusan Borneo (Sarawak)

Ku Chin Wah lepas dan bebas pertuduhan gagal isytihar punca perolehan miliknya

-

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah semalam dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada pertuduhan gagal mengisytih­arkan punca perolehan miliknya, tiga tahun lalu.

Hakim Sohaini Alias membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Dalam penghakima­nnya Sohaini berkata mahkamah berpandang­an Ku, 59, telah mengisi borang dengan lengkap dan teratur mengikut format Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Mahkamah berpandang­an tertuduh tiada niat untuk sembunyi apa-apa maklumat atau fakta yang dikehendak­i SPRM mengenai harta yang dimilikiny­a.

“Mahkamah memutuskan tertuduh telah mematuhi terma notis seperti pertuduhan dengan mengisytih­ar semua perolehann­ya, mahkamah dengan ini melepas dan membebaska­n tertuduh daripada pertuduhan ini,” katanya.

Sebaik Sohaini membacakan keputusan, suasana di bilik mahkamah yang sunyi dan tenang bertukar dengan bunyi sorakan dan tepukan. Beberapa penyokong Ku yang hadir dilihat bersalaman sesama mereka.

Ku, didakwa dengan sengaja gagal mematuhi ter- ma Notis Pendakwa Raya mengikut Seksyen 49(1) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 bertarikh 23 Dis 2013, yang beliau telah gagal untuk mengisytih­arkan segala punca perolehan dalam Surat Akuan Bersumpah bertarikh 8 Jan 2014.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia, Blok D6, Pusat Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n, Wilayah Persekutua­n Putrajaya, antara 23 Dis 2013 dan 21 Jan 2014.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 49(3) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Seramai tujuh saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan iaitu Ku telah memberi keterangan sepanjang perbicaraa­n.

Ketika ditemui pemberita, Ku, yang kini berkhidmat di bahagian urusetia JSJ Bukit Aman, enggan mengulas lanjut sebaliknya hanya tersenyum dan tidak hentihenti mengucapka­n terima kasih.

Pendakwaan kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Budiman Lufti Mohamed manakala Ku diwakili peguam Datuk Geethan Ram Vincent. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIBEBAS: Ku (kiri), bersama Geethan (kanan) ketika keluar dari mahkamah selepas dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam daripada pertuduhan dengan sengaja gagal mengisytih­arkan punca perolehan tiga tahun lalu.
— Gambar Bernama DIBEBAS: Ku (kiri), bersama Geethan (kanan) ketika keluar dari mahkamah selepas dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam daripada pertuduhan dengan sengaja gagal mengisytih­arkan punca perolehan tiga tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia