Utusan Borneo (Sarawak)

Polis sita pelbagai barangan daripada suspek kes dadah

-

LIMBANG: Polis menyita pelbagai barangan bernilai RM5,750 dipercayai milik seorang yang berjaya ditangkap di sebuah rumah di Kampung Kelapa Mawar Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata, kesemua barangan itu disita sebaik lelaki terbabit ditangkap jam 5.30 petang untuk siasatan di bawah Seksyen ADB (PH) 1988.

Katanya, barang yang disita termasuk dua bot kayu, sebuah motosikal, empat unit pembesar suara, dua unit set janakuasa, seunit pemotong rumput, seunit pam air, seunit alat ‘equalizer’ dengan anggaran nilai keseluruha­n RM5,750.

Pada Isnin lepas, lelaki terbabit, 49, ditahan bersama dua anak lelakinya berusia 24 dan 20 tahun, pasangan suami isteri berusia 47 dan 28 tahun serta seorang perempuan, 19, dan tiga lagi lelaki lain berusia 26, 18, dan 35.

Kesemua mereka positif Amphethami­ne dan Meth- ampethamin­e hasil ujian air kencing yang dijalankan.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 3(1), Akta Dadah Berbahaya ( LLPK) 1985 dan Seksyen 8 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971.

Dalam kes berasingan, polis memeriksa dua individu dalam operasi Ops Mabuk di Jalan Kubu malam kelmarin.

Operasi dijalankan bermula jam 10 malam hingga 12.15 tengah malam membabitka­n seorang pegawai dan sembilan anggota trafik.

Mohd Bukhori berkata, tiada tangkapan dan rampasan dilakukan sepanjang operasi yang berlangsun­g lebih dua jam itu.

Katanya, operasi dihentikan jam 12.15 tengah malam memandangk­an hujan turun dan keadaan jalan raya licin.

 ??  ?? SITA: Antara barang yang disita di sebuah rumah di Kampung Kelapa Mawar.
SITA: Antara barang yang disita di sebuah rumah di Kampung Kelapa Mawar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia