Utusan Borneo (Sarawak)

14 Julai bicara lanjut kes lelaki nafi sengaja cederakan isteri

-

MIRI: Mahkamah Majistret menetapkan 14 Julai depan untuk perbicaraa­n lanjut kes seorang lelaki yang mengekalka­n pengakuan tidak bersalah terhadap tuduhan dengan sengaja mencederak­an isterinya.

Manakala tertuduh yang gagal mengemukak­an wang jaminan diperintah­kan supaya ditahan lanjut sementara menunggu tarikh tersebut.

Dickson Terang, 46, dari Sungai Kenyalang Pidek, Bekenu telah didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun, jika sabit kesalahan.

Menurut pertuduhan kes, tertuduh telah didakwa dengan sengaja menyebabka­n kecederaan di bahagian belakang dan kesakitan ke atas isterinya, Liza Dema, 30.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 8.04 pagi, 25 April lalu di sebuah rumah sewa di Jalan Rantau Kemiding 2 Lusut, Taman Tunku di sini.

Dalam kes berasingan, Mahkamah Majistret menetapkan 19 Julai depan untuk perbicaraa­n lanjut kes seorang penganggur yang dituduh menipu seorang wanita membabitka­n wang tunai RM12,000.

Manakala tertuduh dibenarkan dibebas dengan jaminan lanjut RM3,000 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Fairul Latip, 33, dari Taman Desa Senadin di sini telah didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang dari setahun dan tidak melebihi 10 tahun serta sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh dengan curang telah memperdaya­kan seorang wanita, Bun Katan, 37, supaya mempercaya­inya (tertuduh) akan membantu menyelesai­kan bayaran tunggakan sebuah kereta bernombor pendaftara­n QTD66xx dan mendorong mangsa menyerahka­n wang RM12,000 bagi tujuan pembayaran tunggakan tersebut.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 4.30 petang, 11 November 2011 di sebuah syarikat pengedar kenderaan di Jalan Merbau di sini.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia