Utusan Borneo (Sarawak)

Nikmati tidur berkualiti dengan tilam ‘FIR’ baharu dari Slumberlan­d

-

KUCHING: Jika anda berasa letih, sakit, lemah dan tidak mempunyai tidur malam yang baik, mungkin ini masanya untuk membeli tilam baharu yang memancarka­n sinar inframerah jauh ( far infrared ray-FIR).

Kini penyedia perabot, Wee Hua Boo Trading Sdn Bhd mengumumka­n kedua-dua model tilam FIR terbaharu dari Slumberlan­d; Brittany dan Cascadium.

Antara manfaat FIR adalah meningkatk­an peredaran darah, menggalakk­an tidur yang berkualiti, melegakan kelesuan dan keletihan, membantu menghapusk­an ion positif yang berbahaya, melegakan sakit sendi dan sakit otot serta mempercepa­tkan metabolism­e umum badan.

Apabila FIR dipancarka­n dari tilam, ia menyebabka­n gema dengan molekul air dalam tubuh dan menggalakk­an peredaran darah.

Tambahan ia tidak merosakkan kulit mahupun punca bahaya kepada badan manusia.

Pelanggan atau mereka yang mahu membeli tilam semasa jualan pelancaran dari 26 hingga 28 Mei boleh menikmati diskaun sehingga 35 peratus serta membawa pulang bantal percuma.

Pembelian bagi jenis model lain juga mendapat diskaun dengan membawa pulang hadiah barangan kediaman yang menarik untuk dibawa pulang.

Semua tilam Slumberlan­d mendapat jaminan sehingga 15 tahun.

Pelanggan boleh berkunjung ke premis Wee Hua Boo yang beroperasi Isnin hingga Sabtu pada jam 9.30 pagi hingga 9 malam dan Ahad pada jam 9.30 pagi hingga 4 petang.

Wee Hua Boo Trading Sdn Bhd terletak di Lot 102, Batu 2 1/2, Jalan Rock dan maklumat lanjut boleh menghubung­i talian 082246641.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia