Utusan Borneo (Sarawak)

Naik taraf jalan hadiah Gawai Dayak penuh makna penduduk Long Tisam

-

LONG TISAM: Empat rumah panjang di kawasan Long Tisam iaitu Rumah Atam, Rumah Malina, Rumah Manggi dan Rumah Jalin menerima hadiah Gawai Dayak berbentuk geran sebanyak RM318,000 bagi menaik taraf jalan di kawasan rumah panjang tersebut.

Geran tersebut diumum Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Marudi merangkap Menteri Muda Kerajaan Tempatan, Datu Dr Penguang Manggil semasa lawatan ke rumah panjang tersebut semalam.

Selain itu, Penguang turut mengumum hadiah Gawai Dayak berbentuk geran sebanyak RM50,000 dan RM20,000 masing- masing untuk Rumah Atam dan Rumah Malina bagi membaiki rumah panjang di bawah Projek Khas Perdana Menteri; projek kecil luar bandar untuk Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Atam (RM10,000), golongan ibu Rumah Manggi (RM5,000), JKKK Rumah Manggi ( RM20,000), Biro Wanita Rumah Malina (RM5,000), Gereja BEM Long Tisam dan Tadika Kemas Long Tisam masing-masing RM10,000.

Terdahulu Penguang dalam ucapannya terus menggesa rakyat di kawasan itu agar terus menyokong kerajaan untuk meneruskan agenda pembanguna­n di kawasan itu.

“Sebagai ADUN dan menteri muda, saya memerlukan sokongan dan kerjasama daripada rakyat di sini untuk memastikan pembanguna­n yang sudah dan sedang dilaksanak­an berjalan lancar,” katanya.

Beliau turut menggesa pen- duduk menggunaka­n peluang sambutan Hari Gawai untuk mengukuh semangat perpaduan dan kerjasama.

“Saya berharap sambutan Gawai Dayak tahun ini akan memperbaha­rui semangat anda melupakan persengket­aan lama dan merapat silaturahi­m,” katanya.

Pada masa sama beliau menggesa menggunaka­n peluang tersebut untuk mendedahka­n budaya tradisi seperti ngajat dan betabuh khususnya kepada generasi muda.

Sementara itu majlis pemimpin bersama rakyat yang diadakan sempena sambutan ulang tahun pertama sebagai ADUN N76 Marudi dan pelantikan Menteri Muda Kerajaan Tempatan itu dihadiri ratusan penduduk rumah panjang di sekitar Long Tisam.

Hadir sama isteri beliau Datin Monica Ukong Jaya dan Pengerusi Majlis Daerah Marudi Edward Mendai.

 ??  ?? GENAP SETAHUN: Penguang dan isteri Monica diraikan pada majlis pemimpin bersama rakyat di Rumah Atam, Long Tisam semalam.
GENAP SETAHUN: Penguang dan isteri Monica diraikan pada majlis pemimpin bersama rakyat di Rumah Atam, Long Tisam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia