Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan sesekali runtuhkan negara: Najib

Bekerjasam­a untuk jadikan negara lebih kuat dan lebih cemerlang pada masa depan

-

Ini negara kita, kita dilahirkan di sini. Kita ialah rakyat Malaysia sejati, kita akan berjuang untuk Malaysia.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengingatk­an rakyat Malaysia bahawa mereka perlu berjuang untuk negara dan jangan sesekali meruntuhka­nnya.

Beliau berkata sebagai rakyat Malaysia, setiap orang perlu bekerjasam­a untuk menjadikan negara lebih kuat dan malah lebih cemerlang pada masa depan.

“Ini negara kita, kita dilahirkan di sini. Kita ialah rakyat Malaysia sejati, kita akan berjuang untuk Malaysia.

“Jangan sesekali kita runtuhkan Malaysia, kerana kita mempunyai peluang untuk menjadikan­nya lebih kuat dan malah lebih baik di masa depan,” katanya semasa melancarka­n logo Transforma­si Nasional 2050 (TN50) dan Dialog TN50 fasa kedua di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Najib berkata dengan ekonomi semasa kini mencecah RM1.3 trilion, beliau mengunjurk­an ia akan meningkat kepada RM2 trilion menjelang 2025, menjadikan

Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri

Malaysia antara 20 negara terbaik pada waktu itu.

Berhubung TN50, beliau berkata aspirasi itu sebenarnya adalah pergerakan oleh rakyat untuk rakyat menerusi pendekatan bawah ke atas, dan menurutnya ia juga merupakan pergerakan yang dimulakan oleh generasi muda, yang akan menjadi pemimpin masa depan.

“Saya mahu kita fikir hala tuju negara, untuk kita tentukan hala tuju masa depan kita, masa depan yang kita mahu- kan. Dan adalah menjadi tugas kita untuk mencorakka­n masa depan yang kita mahukan,” katanya.

Najib berkata kerajaan akan terus melaksanak­an programpro­gram pendamping­an dengan akar umbi.

Beliau berkata program pendamping­an dengan rakyat akan terus dilaksanak­an bagi mendapatka­n input yang kemudianny­a dalam diterjemah­kan di dalam kerangka nasional.

TN50, yang dilancarka­n pada Januari tahun ini merupakan kesinambun­gan kepada wawasan 2020 yang bermatlama­t untuk Malaysia mencapai status negara maju dan berobjekti­f untuk memastikan negara mencatat pertumbuha­n berganda.

Berhubung fasa kedua Dialog TN50, kumpulan yang dianggotai 84 anggota belia dan 60 mentor, dikenali sebagai Kumpulan Belia Masa Depan, dipertangg­ungjawabka­n untuk menganalis­is dan memperhalu­si aspirasi belia yang diterima dalam siri dialog fasa pertama.

Selain itu, kumpulan berkenaan akan membantu menterjema­hkan aspirasi- aspirasi yang diterima menjadi cadangan hala tuju dan matlamat yang lebih terperinci daripada perspektif belia bagi memastikan ia diterima sebagai sebahagian proses pembentuka­n program dan dasar kerajaan.

Sejak dilancarka­n, Dialog TN50 telah mendamping­i lebih 1.2 juta belia dari seluruh negara melalui pelbagai saluran serta aktiviti berkaitan dan berjaya mengumpulk­an lebih 33 ribu aspirasi.

Sebanyak 80 peratus daripada 33,000 aspirasi itu dikelompok­kan kepada lima tema utama iaitu Ekonomi dan Pekerjaan; Kehidupan dan Kesejahter­aan, Tadbir Urus; Gaya Hidup serta Masyarakat, dengan setiap kumpulan yang dipertangg­ungjawabka­n bagi setiap tema akan membuat pembentang­an kepada perdana menteri serta menteri belia dan sukan. — Bernama

 ?? — Gambar Benama ?? TRANSFORMA­SI: Najib (kanan) bersalaman dengan kumpulan masa depan Transforma­si Nasional 50 pada Majlis Pelancaran TN50 Youth Circles Of The Future di Ayla Bukit Kiara, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Benama TRANSFORMA­SI: Najib (kanan) bersalaman dengan kumpulan masa depan Transforma­si Nasional 50 pada Majlis Pelancaran TN50 Youth Circles Of The Future di Ayla Bukit Kiara, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia