Utusan Borneo (Sarawak)

Siasatan kerugian mata wang: Nor Mohamed Yakcop beri keterangan

-

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop semalam memberi keterangan kepada Pasukan Petugas Khas Siasatan Kerugian Mata Wang Asing Bank Negara Malaysia ( BNM) tahun 1990- an di sini.

Nor Mohamed, yang kini Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Bhd, tiba di pekarangan Kementeria­n Kewangan pada jam 3.25 petang semalam dan beredar dari premis itu pada 4.10 petang.

Semasa berkhidmat di BNM dari 1968 hingga 2000, beliau menyandang pelbagai jawatan termasuk Penasihat BNM pada 1989 hingga April 1994 dan Penasihat Khas BNM untuk menasihati gabenor berhubung dengan dasar-dasar kewangan dari September 1998 hingga April 2000.

Pada 15 Mei 2000, Nor Mohamed dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Khas kepada bekas Perdana Menteri Tun (ketika itu Datuk Seri) Dr. Mahathir Mohamad dan diberikan tugas menyelamat­kan perbadanan-perbadanan yang strategik atau untuk kepentinga­n negara.

Ketika cuba mendapatka­n komennya mengenai pertemuan dengan pasukan petugas khas itu, Nor Mohamed hanya tersenyum kepada sekumpulan wakil media yang menanti di pekarangan Kementeria­n Kewangan sebelum memasuki kenderaan beliau.

Pasukan petugas khas itu, yang dipengerus­ikan bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, bertanggun­gjawab menyiasat kerugian sebanyak AS$10 bilion (RM44 bilion) yang dialami BNM melalui kegiatan perdaganga­n mata wang sepanjang 1991 hingga 1993.

Sementara itu, Mohd Sidek berkata kesemua individu yang berkaitan dengan kerugian urus niaga tersebut telah dipanggil.

“Kami telah memanggil mereka yang sepatutnya dipanggil (memberi keterangan),” katanya apabila ditanya sama jika ada individu yang belum dipanggil untuk siasatan kes itu.

Apabila ditanya adakah kesemua individu itu telah dipanggil, beliau hanya menjawab “ya” sambil mengangguk sebelum memasuki kenderaan beliau.

Antara individu yang tampil memberi maklumat berkaitan isu kerugian BNM ialah bekas Menteri Kewangan dan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pemimpin DAP Lim Kit Siang.

Pada Januari lepas, bekas Penolong Gabenor BNM Datuk Abdul Murad Khalid mendedahka­n bahawa BNM mengalami kerugian lebih AS$10 bilion akibat dagangan mata wang asing.

Pada 15 Feb lepas, kabinet bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas bagi menjalanka­n siasatan kerugian BNM itu.

Sebelum itu, Mohd Sidek dilaporkan berkata bahawa pasukan petugas khas itu akan membentang­kan laporan akhir mengandung­i syor-syor untuk tindakan selanjutny­a kepada kerajaan pada Jun ini. — Bernama

 ?? — Gambar Benama ?? BERI KETERANGAN: Nor Mohamed Yakcop meninggalk­an perkaranga­n Bangunan Perbendaha­raan Malaysia selepas memberi keterangan di Putrajaya, semalam.
— Gambar Benama BERI KETERANGAN: Nor Mohamed Yakcop meninggalk­an perkaranga­n Bangunan Perbendaha­raan Malaysia selepas memberi keterangan di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia