Utusan Borneo (Sarawak)

Perpaduan penting untuk ASEAN hadapi ancaman luar: Duta

-

KUALA LUMPUR: Bergerak ke hadapan melangkaui 50 tahun penubuhann­ya, ASEAN perlu mendepani apa juga cabaran secara bersama khususnya ancaman luar bagi memastikan kestabilan dan keselamata­n rantau itu, terutamany­a di Laut China Selatan, kata Duta Besar Jepun di Malaysia Dr Makio Miyagawa.

Beliau berkata Laut China Selatan merupakan ujian bagi ASEAN untuk membuktika­n kesepaduan­nya dalam mendepani isu itu secara efektif, berikutan perkumpula­n serantau itu telah memainkan peranan penting dalam menganjurk­an dialog bagi mengekalka­n keamanan dan kesejahter­aan di Asia.

“ASEAN telah mewujudkan formula politik-keselamata­n pelbagai peringkat seperti ARF (Forum Rantau ASEAN) dan EAS (Sidang Kemuncak Asia Timur), yang telah berjaya menjamin kepusatann­ya. Semua itu wajar dikagumi.

“Bagaimanap­un cabaran keselamata­n yang paling mendesak bagi ASEAN (pertikaian kawasan di Laut China Selatan) telah membelengg­u sejak beberapa tahun lepas,” katanya pada majlis makan tengah hari dihoskan oleh kedutaan itu bersempena Meja Bulat Asia Pasifik (ARF) Ke-31 selama tiga hari yang berakhir di sini pada Rabu.

ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967, dianggotai Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand, Filipina dan Vietnam.

Tidak semua negara anggota ASEAN terbabit dalam pertikaian Laut China Selatan. Penuntut kawasan yang dipertikai­kan hanya membabitka­n empat negara ASEAN - Brunei, Malaysia, Filipina dan Vietnam dan China.

Miyagawa berkata dua faktor adalah kritikal bagi penyelesai­an secara adil terhadap pertikaian itu iaitu penyelesai­an mengikut prinsip undang- undang antarabang­sa sejagat, termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Undang-Undang Laut 1982, dan prinsip tiada pembabitan ketenteraa­n dan kawalan diri, yang telah dipersetuj­ui oleh pemimpin ASEAN pada 2016.

“Mana-mana Kod Tatalaku (CoC) yang mengikat di sisi undang-undang perlu digunakan secara efektif dalam menyelesai­kan kawasan dan bidang kuasa yang dipertikai­kan itu selaras dengan undang-undang antarabang­sa dan bukannya dalam manamana cara yang boleh menjejaska­n dan meremehkan DoC 2002. Sekira CoC, yang kini masih di peringkat rundingan, gagal menyediaka­n itu, semua akan tertanya-tanya apa merit yang ada dengan mengambi kira ia mengambil masa 15 tahun untuk didraf,” katanya.

DoC atau Deklarasi Tatalaku Pihak- Pihak di Laut China Selatan diterima pakai oleh negara anggota ASEAN dan China pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-8 di Kemboja pada 4 Nov, 2002, antara lain menyaksika­n pihak- pihak bersetuju untuk menyelesai­kan pertikaian kawasan dan bidang kuasa itu secara aman, menerusi konsultasi dan rundingan oleh negara berdaulat yang terlibat secara langsung.

Menurut laporan, China dan ASEAN bersetuju dengan kerangka bagi CoC di Laut China Selatan pada bulan ini, selepas mesyuarat di Guiyang, China walaupun difahamkan bahawa kod itu tidak mengikat di sisi undang-undang sepertiman­a yang dikehendak­i oleh ASEAN.

Duta itu berkata satu lagi cabaran bagi ASEAN tatkala ia bergerak melangkaui ulang tahun jubli emasnya adalah persoalan memperluas­kan peranannya dalam meningkatk­an lagi kerjasama serantau dengan Perkongsia­n Ekonomi Komprehens­if Serantau (RCEP) yang telah tertangguh hampir dua tahun. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia