Utusan Borneo (Sarawak)

PSG, Angers bertemu di pentas final Piala Perancis

-

PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) mahu menamatkan musim mereka yang masam-masam manis dengan kemenangan apabila mereka menentang kelab tidak ternama Angers dalam perlawanan akhir Piala Perancis pada malam ini (Sabtu).

PSG melepaskan kejuaraan Ligue 1 kepada pencabar Monaco, yang menamatkan kempen dengan kelebihan lapan mata di tempat teratas liga bagi memusnahka­n harapan kelab Paris itu untuk memenangi kejuaraan kelima berturut-turut.

Walaupun menduduki tempat kedua, yang menjamin mereka bermain bola sepak dalam Liga Juara- Juara pada musim akan datang, dan kemenangan ke atas Monaco dalam perlawanan akhir Piala Liga, jurulatih PSG Unai Emery mendapati diri menjadi tumpuan pemilik dari Qatar yang sentiasa mendesak.

Musim pertama Emery sejak dia tiba dari Sevilla menyaksika­n PSG mencatatka­n kemenangan 4-0 yang tidak dapat dilupakan di stadium sendiri ke atas Barcelona dalam Liga JuaraJuara sebelum kelab Catalan itu ment e r b a - l i k k a n defisit itu d e n g a n m e n g e - jutkan di stadium sendiri pada pusingan 16 terakhir, yang bermakna kelab Paris itu gagal untuk mara ke peringkat suku akhir pertanding­an kelab yang lumayan di Eropah itu buat pertama kali dalam tempoh lima tahun.

“Beberapa perubahan dibuat pada musim panas lalu dan setelah itu, kami ada beberapa masalah pada separuh pertama musim,” akui penjaga gol PSG Kevin Trapp, khususnya dengan pemergian dua bintang Zlatan Ibrahimovi­c dan David Luiz ke Liga Perdana Inggeris.

“Musim kami tidak seteruk semua itu, kami menamatkan kempen dengan 87 mata dalam liga walaupun Monaco menikmati musim yang baik.

“Namun kami mesti menanyakan beberapa soalan kepada diri sendiri untuk musim akan datang kerana perkara sentiasa ada untuk diperbaiki.

“Bahagian kedua musim ini adalah bagus dan kami berdaya saing.”

Trapp menambah pasukannya kini fokus kepada usaha untuk mencipta rekod dengan memenangi kejuaraan Piala Perancis ke-11 – dan ketiga berturut-turut.

“Kami perlu memenangi perlawanan akhir Piala. Jika kami memenangi liga, tekanan pasti kurang,” katanya.

“Terdapat tekanan yang sama apabila kita berada di kelab seperti PSG – dengan demikian kita sentiasa mahu memenangi segalanya.”

Pasukan lawan PSG dalam perlawanan akhir Piala ke-100 adalah Angers, kelab barat yang menduduki tempat ke-12 dalam liga.

Walaupun mempunyai bajet terhad yang kecil sahaja jika dibandingk­an dengan bajet PSG, jurulatih Angers, Stephane Moulin, telah membentuk etika pasukan berdasarka­n sekitar disiplin bersatu-atas-padang yang telah membuahkan hasil.

“Bola sepak memenuhi kehidupan saya dalam cara yang hampir tetap,” akui pengurus berusia 49 tahun itu. “Saya mahu kita hidup untuk pasukan.

“Apa yang saya lihat dalam pemain adalah keinginan untuk bekerja, citarasa untuk bekerja.

“Saya suka dengan orang yang murah hati atau berani. Jika mereka ada bakat, lagi bagus!”

Penampilan Angers dalam perlawanan akhir Piala adalah yang pertama bagi mereka dalam tempoh 60 tahun, apabila mereka tewas 6-3 kepada Toulouse, dan hanya yang kedua sahaja dalam sejarah kelab. Kemenangan juga akan menjamin tempat dalam Liga Europa. — AFP

 ??  ?? EMERY
EMERY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia