Utusan Borneo (Sarawak)

Kemenangan Man Utd beri makna besar kepada penduduk bandar itu: Ferguson

-

MANCHESTER: Kemenangan Manchester United dalam Liga Europa memberi semangat kepada bandar raya berkenaan hanya dua hari sahaja selepas serangan bom nekad mengorbank­an 22 orang dan mencederak­an puluhan lagi, dakwa bekas pengurus legenda Alex Ferguson.

U n i t e d menewaskan kelab Belanda, Ajax, 2-0 di Sweden – golgol oleh Paul Pogba dan Henrikh Mkhitaryan menjamin kemenangan yang emosional dan tempat dalam Liga JuaraJuara pada musim akan datang – untuk memberi sedikit kegembiraa­n kepada bandar raya yang menyaksika­n penonton konsert pop semuda lapan maut dalam letupan.

Ferguson, yang mengurus United pada era emas dari 1986 hingga 2013 yang menyak- sikan mereka memenangi Liga Juara- Juara dua kali selain banyak piala lain, memberitah­u Sky Sports bahawa Manchester merupakan sebuah bandar raya dengan semangat yang tidak mudah luntur. “P e r - tama sekali Manchester adalah s e b u a h b a n d a r r a y a kaum buruh dan ia mempunyai rakyat yang hebat di s a n a , ” k a t a w a r g a Scotland berusia 75 tahun itu, y a n g m e m u - lakan ke-

hidupan bekerja di limbungan kapal Glasgow. “Mereka mengalami waktu yang susah pada masa lalu, mereka akan bersatu kerana mereka memiliki etika kaum buruh dan perpaduan amat bagus di bandar raya itu.

“Saya fikir United memberi semangat kepada bandar raya itu dan saya fikir ini adalah maksudnya. Semua kami bangga dengan mereka, ia adalah satu pencapaian yang hebat.”

Piala itu bukan satu- satunya pembakar semangat yang diberikan oleh kelab itu kepada bandar raya berkenaan kerana United dan Manchester City juga telah menjanjika­n 1 juta pound ( RM5.5 juta) kelmarin untuk sebuah tabung kecemasan yang disediakan bagi mangsa dan keluarga mereka. — AFP

 ??  ?? FERGUSON
FERGUSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia