Utusan Borneo (Sarawak)

Hari terakhir bersama Barca

Enrique berhasrat untuk menjulang piala Copa del Rey bagi menebus maruah sebelum meninggalk­an kelab

-

MADRID:Hanyakemen­angan sahaja dalam perlawanan akhir Copa del Rey pada malam ini (Sabtu) menentang Alaves dapat menyelamat­kan sedikit maruah dari musim Barcelona dan memberi kejayaan kepada jurulatih Luis Enrique sebelum dia meninggalk­an kelab, manakala impian kelab Basque berkenaan menaruh impian untuk menjulang piala itu buat kali pertama.

Pada malam perpisahan di mana stadium Atletico Madrid, Vicente Calderon, mengadakan perlawanan kompetitif terakhirny­a di sana, Enrique akan membimbing Barca buat kali terakhir.

Kemenangan akan menyapu bersih kejuaraan Copa del Rey selama tiga musim dia menggalas tugas.

Bagaimanap­un, tidak seperti dua tahun sebelum ini ketika kejayaan Piala adalah asing di atas musim yang berjaya selepas memenangi kejuaraan treble pada 2015 serta kejohanan berganda liga dan Piala pada musim lepas, Barca pada kali ini memulakan perlawanan utama pada hujung musim tanpa sebarang piala penting.

“Walaupun ia boleh dianggap sebagai piala paling kecil antara semua piala, bagi kami satu lagi piala menjadi taruhan,” kata kapten Barca, Andres Iniesta.

“Ia akan membolehka­n kami untuk menamatkan musim dengan gembira.”

Enrique berdepan dengan masalah pemilihan selepas Luis Suarez dan Sergi Roberto digantung perlawanan setelah dibuang dari padang dalam kemenangan separuh akhir yang kecoh ke atas Atletico pada Februari lalu.

Paco Alcacer dijangka akan diberi peluang yang jarang diperolehi untuk memulakan perlawanan penting tanpa Suarez di hadapan, manakala kelab Catalan itu berharap Javier Mascherano dapat pulih daripada masalah hamstring untuk mengisi posisi pertahanan kanan.

Walaupun tanpa Suarez, Barca masih ada banyak kuasa serangan untuk digunakan kerana Lionel Messi bakal memulakan perlawanan­nya yang ke-700 untuk kelab dan negara, manakala Neymar sudah menjaringk­an gol dalam perlawanan akhir pada dua musim lepas.

Manuel Pellegrino mungkin juga membimbing Alaves buat kali terakhir ekoran kempen yang cemerlang di mana mereka telah mara ke perlawanan akhir Piala yang pertama bagi mereka selain menduduki tempat kesembilan dalam musim pertama mereka dalam tempoh sedekad selepas mereka kembali ke liga utama.

Dan pengurus dari Argentina itu percaya Barca cuma sudah kembali berpijak di bumi nyata selepas menikmati kejayaan yang “luar biasa” sejak sedekad lalu.

“Mereka telah menjadikan perkara yang luar biasa kelihatan biasa. Bagi Barca, memenangi dua atau tiga piala semusim adalah biasa.

“Mereka sudah memenangi begitu banyak sehinggaka­n sekarang ia nampak seperti mereka tidak menikmati musim yang bagus.”

Alaves sudah menunjukka­n kerosakan yang mereka boleh lakukan kepada Barca pada musim ini.

Kemenangan mengejut 2-1 bagi pasukan pelawat di Camp Nou pada September lalu akhirnya menyebabka­n anak buah Enrique kehilangan tiga mata yang memisahkan mereka dari Real Madrid dalam perebutan kejuaraan pada hujung kempen.

Bagaimanap­un Alaves turut merasai tindak balas oleh Barca apabila pasukan pelawat itu menang 6-0 di Mendizorro­za pada Februari lalu.

“Mereka mempunyai mentaliti mahu memenangi setiap perlawanan. Mereka sudah biasa dengan perkara itu,” tambah Pellegrino.

“Kami perlu mempamerka­n permainan yang sangat lengkap untuk berpeluang cerah.”

Penyertaan Theo Hernandez menambah drama tambahan kerana dia juga akan mengucapka­n selamat tinggal selepas bermain sebagai pemain pinjaman yang amat berjaya di Alaves dan mungkin kepada kelab induknya Atletico juga.

Hernandez, pemain pertahanan kiri, dijangka akan menjadi pemain pertama sejak 2000 yang akan merentasi sempadan Madrid dengan menyertai Real Madrid dan sudah menolak tawaran Barca untuk berbuat demikian. — AFP

Walaupun ia boleh dianggap sebagai piala paling kecil antara semua piala, bagi kami satu lagi piala menjadi taruhan. Ia akan membolehka­n kami untuk menamatkan musim dengan gembira. Andres Iniesta Kapten Barcelona

 ??  ?? ENRIQUE
ENRIQUE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia