Utusan Borneo (Sarawak)

Perlawanan terakhir Totti di Serie A

-

ORTISEI: Sementara jurulatih Massimilia­no Allegri mengumumka­n perubahan bagi Juventus menjelang usaha mereka yang bersejarah untuk memenangi tiga kejuaraan, Serie A akan mengucapka­n selamat tinggal kepada legenda Francesco Totti dalam perlawanan terakhirny­a bersama Roma pada malam esok (Ahad).

Allegri mungkin berdepan dengan cabaran terbesar dalam kariernya apabila gergasi Turin itu menentang Real Madrid dalam perlawanan akhir Liga Juara- Juara di Cardiff pada 3 Jun.

Namun dengan rekod scudetto keenam berturut-turut, selain rekod kejuaraan berganda liga dan Piala yang ketiga berturut- turut kini sudah dalam genggaman, jurulatih berusia 49 tahun itu sekurang-kurangnya mampu merehatkan pemain penting untuk perlawanan liga terakhir pada musim ini pada malam esok di Bologna.

Untuk sekali ini pada musim ini, Stadio Olimpico dijangka diisi sepenuhnya tetapi hanya kerana Totti, selepas bermain 25 musim bersama pasu- kan Gialloross­i, akan membuat penampilan terakhirny­a dalam Serie A.

Memandangk­an Roma memerlukan kemenangan untuk menghalang Napoli, satu mata lagi di belakang, daripada merampas tempat kedua, jurulatih Luciano Spalletti mungkin akan menyuramka­n perarakan Totti.

“Walaupun dia sewajarnya menerima semua sanjungan, dan segalanya yang dinikmatin­ya apabila dia bersara, tugas saya adalah untuk memastikan Roma menang,” kata Spalletti.

“Saya perlu melayannya sebagai seorang pemain yang penting tetapi pemain yang merupakan anggota sebuah skuad. Dan untuk bersikap adil, saya kadangkada­ng perlu membuat pilihan yang menghukumn­ya.”

Populariti Spalletti pasti tidak akan dibantu jika Totti tidak membuat penampilan dalam finale terakhirny­a sendiri pada minggu di mana Spalletti telah dikaitkan dengan jawatan jurulatih yang kosong di kelab bermasalah, Inter Milan, yang sudah pun gagal u n t u k layak ke Eropah sebelum mereka melayan kunjungan Udinese di San Siro. Walaupun memenangi hanya satu sahaja scudetto, pada 2001, ‘Raja Rom’ (Re di Roma) – gelaran yang diberikan kepada Totti yang bermain hanya untuk satu kelab sahaja dalam kariernya – begitu dihormati sehinggaka­n penyokong ‘ultra’ dari kelab musuh mengagumin­ya. Totti dijangka meneruskan kariernya bersama Roma, tetapi di luar padang, selepas dia menandatan­gani kontrak untuk bekerja dalam pengurusan di samping pengarah sukan baharu kelab, Monchi. — AFP

 ??  ?? TOTTI
TOTTI
 ?? — Gambar AFP ?? GOL: Gomez menjaringk­an gol melalui penalti semasa menentang Braunschwe­ig.
— Gambar AFP GOL: Gomez menjaringk­an gol melalui penalti semasa menentang Braunschwe­ig.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia