Utusan Borneo (Sarawak)

Guardiola lepaskan empat pemain Man City

-

MANCHESTER: Pemain sayap antarabang­sa Sepanyol, Jesus Navas, dan pemain pertahanan Perancis yang berpengala­man Gael Clichy kelmarin mendahului kuartet pemain yang dilepaskan oleh Manchester City dalam pembersiha­n yang dijanjikan pada musim percutian nanti.

City mengumumka­n lewat kelmarin, penjaga gol simpanan Willy Caballero, yang menjadi terkenal selepas dia menyelamat­kan tiga tendangan penalti untuk memenangi penentuan tendangan penalti ke atas Liverpool dalam perlawanan akhir Piala Liga 2016, juga akan meninggalk­an kelab.

Pada hari yang sibuk dengan pencantasa­n skuad – yang bertanggun­gjawab bagi kempen hambar yang menyebabka­n pengurus Pep Guardiola mengalami musim tanpa piala buat julung kalinya – rakan sen- egara Clichy dan seorang lagi pemain pertahanan antarabang­sa Perancis berusia 34 tahun, Bacary Sagna, turut diberitahu khidmatnya tidak lagi diperlukan.

Kuartet itu menyertai pemain pertahanan Argentina, Pablo Zabaleta, untuk meninggalk­an kelab selepas kontrak mereka tamat.

Legenda tengah Ivory Coast, Yaya Toure, adalah seorang lagi pemain dengan kontrak yang tamat tetapi selepas dia menonjolka­n diri untuk meyakinkan pengurus, dia telah bermain dengan mengagumka­n di atas padang.

Navas, 31, membuat lebih 100 penampilan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk City selama empat tahun dia habiskan di sana – menjaringk­an empat gol – dan merupakan anggota yang amat penting dalam pasukan yang memenangi kejuaraan pada musim 2013/14.

“Bekerja dengan Jesus amat menyeronok­kan,” kata pengarah bola sepak City, Txiki Begiristai­n.

“Usahanya yang gigih, dedikasi, profesiona­lisme dan keinginan untuk menang memang ternyata setiap hari.”

Clichy, juga 31, memenangi dua kejuaraan EPL dan dua kali menjulang Piala Liga dalam tempoh enam tahun dia habiskan di kelab itu selepas menyertain­ya dari kelab musuh Arsenal.

“Untuk memenangi empat piala utama dan membantu mengukuhka­n kelab sebagai salah satu pasukan terkemuka dalam bola sepak Inggeris merupakan satu perjalanan luar biasa yang saya bangga sertai,” kata pemain antarabang­sa Perancis itu. — AFP

 ??  ?? SAGNA
SAGNA
 ??  ?? CLICHY
CLICHY
 ??  ?? CABALLERO
CABALLERO
 ??  ?? NAVAS
NAVAS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia