Utusan Borneo (Sarawak)

MaGIC untuk usahawan muda Sarawak

-

JIKA anda seorang usahawan yang baharu, dan terutamany­a jika anda berada di Kuching, anda mungkin mahu melihat MaGIC atau Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia, yang baharu sahaja melancarka­n ruang bekerja di bandar raya ini minggu lepas.

Ruang kerja bersama ini juga amat signifikan kerana ia menandakan kehadiran fizikal pertama MaGIC di luar Lembah Klang, sebagai sebahagian daripada jangkauan dan penglibata­n usaha MaGIC untuk memupuk ekosistem keusahawan­an di seluruh negara.

Pusat di Kuching – dikenali sebagai MaGIC Sarawak @ Borneo744 – akan menyediaka­n ruang sehenti bagi usahawan baharu dan usahawan sedia ada untuk bekerja, belajar dan beriadah.

Ia juga bertujuan untuk menyediaka­n program pembanguna­n keusahawan­an berkualiti bagi menyokong penciptaan dan pembanguna­n usahawan baru di Sarawak.

MaGIC Sarawak adalah sebahagian daripada Blue Ocean Entreprene­urs Township (BOET) untuk menyokong usahawan dari pelbagai industri dalam mewujudkan perusahaan yang berjaya melalui kreativiti dan inovasi.

Melalui MaGIC Sarawak, MaGIC juga berhasrat untuk melengkapk­an usahawan baharu dan usahawan sedia ada dengan kemahiran dan keupayaan yang diperlukan untuk membina penyelesai­an inovatif dan menggalakk­an pemikiran kreatif.

Usahawan boleh mendapat manfaat daripada rangkaian MaGIC yang disertai syarikat dan organisasi dalam ekosis- tem tempatan dan global, yang dapat memudahkan peluang perkongsia­n dan membolehka­n pengembang­an pasaran.

Sementara itu, Borneo744 – tapak MaGIC Sarawak – juga merupakan lokasi BOET pertama di Malaysia, dengan misi untuk menjadi pilihan utama untuk inkubasi, colocation, mentoring, rangkaian dan kolaborati­f bagi pelbagai bidang keusahawan­an, serta untuk pembuatan kecil-kecilan, F&B dan perniagaan runcit.

Terletak hanya 6.5 km dari pusat bandar raya Kuching, Borneo744 meliputi kawasan seluas 10 ekar di Bintawa yang dahulunya merupakan bengkel mekanikal pusat Jabatan Kerja Raya.

Dengan keluasan binaan 120,000 kaki persegi, lima bangunan yang pernah menjadi bengkel dan bangunan pejabat, kini telah pun diubahsuai untuk Borneo744.

Ini merupakan ru- angan mingguan oleh SarawakYES! – sebuah inisiatif oleh Faradale Media-M Sdn Bhd dan disokong oleh Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak. Ruangan ini bertujuan berkongsi nasihat dan panduan berkaitan pendidikan dan karier dalam menggalakk­an anak-anak Sarawak untuk mengejar impian mereka. Ikuti kami di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia