Utusan Borneo (Sarawak)

Yakin tidak akan berjaya di

-

AKTOR terkemuka Hollywood Brad Pitt memberitah­u pelakon India Shah Rukh Khan bahawa dia tidak memiliki ciri-ciri untuk berlakon dalam filem Bollywood, ketika dia mempromosi­kan filem baharunya ‘War Machine’ di Mumbai pada Rabu lepas.

“Saya tidak akan berjaya di Bollywood kerana saya tidak pandai menari atau berlagu,” kata pelakon Amerika itu dalam satu acara bersama Khan di hadapan wartawan di ibu kota kewangan India.

Filem bahasa Hindi di Bollywood begitu terkenal dengan tariannya yang teliti serta lagunya yang amat bertenaga, dan Khan menjawab dengan memberitah­u Pitt bahawa dia dapat belajar dengan mudah.

“Kami dapat membuat sesiapa pun menari. Saya hanya membuka tangan saya sahaja dan tidak buat apa-apa, itu adalah satu langkah,” kata pelakon yang dikenali sebagai ‘King Khan’ itu sambil bergurau.

Pitt, yang baharu sahaja berpisah daripada Angelina Jolie, tiba di Mumbai dari Jepun awal Rabu lepas untuk rangka terbaharu dalam jelajah promosi bagi filem Netflix ‘War Machine’.

Filem satira perang itu, di mana Pitt berlakon sebagai seorang jeneral Amerika Syarikat yang megah, dikeluarka­n dalam laman striming yang popular itu pada Jumaat.

Pitt, 53, dijadual menghadiri tayangan filem itu, yang diarah oleh David Michod, di Mumbai lewat

Rabu. Ia merupakan lawatan kedua bintang itu yang berprofil tinggi ke India selepas dia mengiringi bekas isterinya Jolie ketika dia membuat penggambar­an filem ‘A Mighty Heart’ pada 2006.

Pada awal bulan ini Pitt membuka pekung di dada mengenai perceraian­nya dengan Jolie, dan mengakui ketagihan arak telah menyumbang kepada keruntuhan rumah tangganya.

Pelakon senarai A Hollywood itu memberitah­u GQ Magazine dia sekarang tidak minum arak langsung dan sedang menerima rawatan terapi. Jolie, 41, memfailkan perceraian pada September lalu dengan menyebut perbezaan yang tidak dapat diselesaik­an sebagai alasan. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PROMOSI FILEM BAHARU: Aktor British Robert Pattinson (kanan) tiba untuk tayangan filem ‘Good Time’ di edisi ke-70 Festival Filem Cannes di Cannes, selatan Perancis pada Khamis lepas. Turut bersama beliau adalah penulis lakon layar AS Ronnie Bronstein.
— Gambar AFP PROMOSI FILEM BAHARU: Aktor British Robert Pattinson (kanan) tiba untuk tayangan filem ‘Good Time’ di edisi ke-70 Festival Filem Cannes di Cannes, selatan Perancis pada Khamis lepas. Turut bersama beliau adalah penulis lakon layar AS Ronnie Bronstein.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia