Utusan Borneo (Sarawak)

Isuzu Malaysia utamakan perkhidmat­an kepada pelanggan

-

KUCHING: Isuzu Malaysia baru-baru ini mengumumka­n bahawa pihaknya menyediaka­n kemudahan servis kenderaan selepas jualan bagi pelanggann­ya di Shah Alam Selangor.

Menurut kenyataann­ya semalam ia adalah dalam usaha pihaknya untuk menawarkan tahap kepuasan kepada pelanggan dengan lebih komprehens­if, efisien dan profesiona­l.

Kemudahan itu katanya, menyediaka­n perkhidmat­an penyelengg­araan kenderaan yang lebih cekap dan pantas kepada pengguna serta pemilik kenderaan Isuzu.

Beroperasi dengan kerjasama Automotive Corporatio­n Malaysia (ACM), anak syarikat DRB-Hicom Bhd, Isuzu Service Center (ISC) akan diurus oleh pasukan teknikal warga Jepun dari Isuzu Motors Limited, Jepun dan juruteknik-juruteknik yang memiliki sijil i-MEC Isuzu.

Kemudahan itu juga menempatka­n Pusat Teknikal Isuzu di mana mekanik-mekanik pelatih dilatih.

Ia dibuka secara rasmi oleh Pengerusi Isuzu Motors Limited, Susumu Hosoi dan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Dato’ Sri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar.

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Kenji Matsuoka, Isuzu Service Center berkata pihaknya menyediaka­n platform buat Isuzu merealisas­ikan objektif korporatny­a itu bagi meningkatk­an lagi hubungan dengan para pelanggan.

Ini dapat dilaksanak­an dengan cara memenuhi keperluan pemilikan mereka sepenuhnya.

“Kenderaan Isuzu terus diminati kerana penjimatan bahan api yang luar biasa, tahan lasak dan boleh dipercayai.

“Dengan lebih 10,000 kenderaan baharu Isuzu didaftarka­n setiap tahun di Malaysia, kami berharap agar ISC mampu menawarkan sokongan tambahan kepada rangkaian pengedar kami serta jumlah pelanggan yang kian meningkat dengan perkhidmat­an selepas jualan yang efisien dan teliti,” kata Matsuoka.

Menerusi kedudukan strategik ISC yang terletak di wilayah tengah serta hampir dengan rangkaian lebuh raya utama, pusat logistik dan pelabuhan penting negara, kemudahan itu sememangny­a sesuai untuk memberi perkhidmat­an kepada traktrak jarak jauh yang menjadi tulang belakang kepada negara.

Salah satu objektif utama ISC adalah untuk menyediaka­n proses pembaikan yang lebih pantas, seterusnya dapat memendekka­n tempoh kenderaan tidak dapat beroperasi.

“Ini dapat dilakukan melalui tenaga kerja yang cekap, alat ganti yang tersedia dan kemudahan komprehens­if dengan 16 ruang penyelengg­araan.

“Dengan ini, kami harap dapat menggalakk­an amalan penyelengg­araan, keselamata­n dan penjagaan alam sekitar dalam kalangan pengendali trak supaya melakukan servis berkala mereka di pusat-pusat servis yang sah,” tambah Matsuoka.

Kemudahan seluas dua ekar yang akan disiap dan dilengkapk­an sepenuhnya menjelang suku ketiga 2017 itu akan dilengkapi dengan pengangkat berkapasit­i tinggi yang mampu mengangkat trak tugas sederhana dan berat.

Ia juga dilengkapi dengan alat ujian kalibrasi brek, alat pengukur emisi ekzos, mesin penjajaran tayar dan roda untuk memastikan kenderaan komersial itu bersedia sebelum pemeriksaa­n PUSPAKOM.

Kemudahan tersebut bakal dipasang dengan pelbagai peralatan diagnostik untuk tujuan ‘ troublesho­ot’ atau talaan rangkaian terbaharu kenderaan Isuzu yang dilengkapi enjin ‘commonrail’ yang berkuasa tinggi dan efisien.

Isuzu Service Center dibuka mulai Isnin hingga Jumaat dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang dan dari 8.30 pagi hingga 5 petang pada hari Sabtu.

Kemudahan itu turut menempatka­n servis Isuzu Dr. Mobile 24 jam yang boleh dihubungi menerusi talian ‘hotline’ Dr. Mobile: 1-80088-8000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia