Utusan Borneo (Sarawak)

Untung sebelum cukai Q1 KPJ Healthcare naik kepada RM54.23 juta

-

MIRI: Yee Seng Electrical Enterprise semalam menganjurk­an pembukaan rasmi Kedai Konsep Sharp (Sharp Concept Store) yang mengkhusus dalam pelbagai produk Sharp.

Terletak di Desa Indah 3 Bandar Baru Permyjaya di sini, produk- produk yang dipamerkan termasuk televisyen LED terkini, peti sejuk, pendingin hawa, mesin basuh, ketuhar gelombang mikro dan peralatan dapur yang kecil.

“Kedai ini direka sebagai sebuah premis yang ideal untuk membawa produk Sharp lebih dekat kepada pengguna dalam persekitar­an yang kondusif yang membolehka­n mereka melihat sendiri pelbagai produk Sharp,” kata Johnny Chan, Pengurus Ca- wangan Kuching Sharp-Roxy Sales & Service Company (M) Sdn Bhd.

Pembukaan kedai konsep ini, merupakan kedai ke-20 di Malaysia dan keenam di Sarawak, katanya.

Chan juga menyatakan sempena pembukaan rasmi ini, pelanggan boleh mendapatka­n jaminan satu tahun tambahan dengan pembelian mana- mana set televisyen Sharp, di mana pelanggan akan menerima jaminan selama tiga tahun semuanya.

Sebagai tambahan kepada jaminan selama tiga tahun, pelanggan juga akan mendapat percuma satu tahun insurans semua risiko yang melindungi set televisyen mereka daripada kecurian, kebakaran, banjir, kilat atau terjatuh.

Chan juga menyatakan bahawa Kedai Konsep Sharp seterusnya akan dibuka di Bintulu selepas Hari Raya Aidilfitri ini dan Sharp-Roxy bercadang untuk membuka Kedai Konsep Sharp yang pertama di Brunei pada tahun hadapan.

Susulan dengan pembukaan rasmi ini, Yee Seng Electrical Enterprise akan menganjurk­an promosi dua hari hujung minggu ini (Sabtu & Ahad) di mana pelbagai produk ditawarkan pada harga yang sungguh murah.

Turut serta pada majlis perasmian itu ialah Anthony Nyau pemilik Yee Seng Electrical Enterprise dan Tok Sang Man Pengurus Besar Sharp-Roxy Sales & Service Company (M) Sdn Bhd. KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai KPJ Healthcare Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2017 meningkat kepada RM54.23 juta berbanding RM51.02 juta pada tempoh sama, tahun lepas.

Hasilnya turut meningkat kepada RM793.91 juta iaitu pertambaha­n sebanyak tujuh peratus berbanding RM743.95 juta sebelum ini, kata kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.

Syarikat itu menyifatka­n prestasi lebih baik itu disumbangk­an oleh hasil yang dijana menerusi pembukaan hospital baharunya, KPJ Pahang serta hospital sedia ada dalam kumpulan itu.

“Bagi prospek masa depan, kumpulan ini akan memberi tumpuan terhadap usaha mengekalka­n kedudukann­ya dalam pasaran menerusi potensi pertumbuha­n lebih kukuh.

“Ini menerusi usaha menambah kapasiti melalui perkembang­an rangkaian hospital serta terus meningkatk­an perkhidmat­an kepada pesakit berteraska­n produk dan perkhidmat­an inovatif,” katanya. — Bernama

 ??  ?? PROMOSI DUA HARI: Pelbagai produk Sharp dipamerkan di Kedai Konsep Sharp di Desa Indah 3 Bandar Baru Permyjaya, Miri.
PROMOSI DUA HARI: Pelbagai produk Sharp dipamerkan di Kedai Konsep Sharp di Desa Indah 3 Bandar Baru Permyjaya, Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia