Utusan Borneo (Sarawak)

Pengurusan Sekuriti dan Keselamata­n tunjang keselamata­n masyarakat

-

MIRI: Dalam melayari peredaran zaman dan pembanguna­n yang pesat, masyarakat tidak menyedari pengurusan keselamata­n dan sekuriti merupakan aspek asas dan akar yang kukuh bagi memastikan individu, keluarga dan masyarakat kekal hidup dalam suasana yang aman dan harmoni.

Sekali gus, anjakan paradigma pembanguna­n ini akan memerlukan tenaga kerja yang pakar dalam pendidikan baik dari segi teori dan praktikal.

Pembanguna­n yang pesat dan penduduk yang kian ramai pasti akan menimbulka­n pelbagai kes jenayah ringan atau berat jika tidak ditangani dari awal dan tenaga kerja yang pakar dalam penguatkua­saan sudah pasti memerlukan sumber tenaga kerja untuk menanganin­ya.

Menyedari kehendak asas masyarakat dari segi pengurusan keselamata­n dan sekuriti ini maka Kolej IBS tampil sebagai kolej yang pertama di utara Sarawak untuk mewujudkan peluang pendidikan ke tahap yang lebih profesiona­l dengan memperkena­lkan Diploma Dalam Pengurusan Sekuriti Dan Keselamata­n, yang secara tidak langsung mewujudkan peluang pen- didikan dan pekerjaan dalam bidang penguatkua­saan di kemudian hari. Pengajian ini adalah selama 27 bulan dan semasa berlangsun­gnya proses pengajaran dan pembelajar­an pelajar bukan sahaja belajar secara teori malahan juga dalam bentuk praktikal bersama badan-badan penguatkua­saan pelbagai jabatan.

Antara yang menarik perhatian selain dari subjek yang ditawarkan seperti penyiasata­n jenayah, psikologi dan sekuriti elektronik, program ini dilengkapi subjek pengurusan pengajian perniagaan seperti pengurusan sumber manusia.

Tuntasnya, selain dari subjek yang mengikuti piawaian dan standard kehendak dalam bidang penguatkua­saan, tenaga pengajar juga dalam kalangan yang pakar dalam bidang penguatkua­saan dan undang-undang.

Untuk bersaing mendapatka­n pekerjaan juga bukan satu masalah besar bagi pelajar lepasan Diploma Dalam Pengurusan Sekuriti Dan Keselamata­n kerana adunan pembelajar­an baik dari segi teori dan praktikal yang diwujudkan oleh Kolej IBS dipercayai akan mampu membawa pelajar lepasan diploma ini melangkah dan bersedia menempuh alam pekerjaan baik dalam bidang penguatkua­saan dan pengurusan.

Sesi kemasukan Julai dan September dibuka khas bagi lepasan SPM, STPM, Diploma, UEC, O- level, ALevel dan ijazah sarjana muda.

Selain itu, pengajian peringkat Master ( Sarjana) bagi lepasan Ijazah Sarjana Muda dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak UNIMAS juga ditawarkan bagi lepasan ijazah sarjana muda dan mereka yang bekerja.

Sila hubungi Kolej IBS di talian 085-438666, atau e-mel info@ibs.edu.my dan lawati laman www.ibs.edu.my untuk maklumat lanjut.

 ??  ?? TEKUN: Para pelajar mempelajar­i selok-belok sistem pemantauan kamera litar tertutup CCTV sebagai salah satu inti pati program Diploma Dalam Pengurusan Sekuriti Dan Keselamata­n.
TEKUN: Para pelajar mempelajar­i selok-belok sistem pemantauan kamera litar tertutup CCTV sebagai salah satu inti pati program Diploma Dalam Pengurusan Sekuriti Dan Keselamata­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia