Utusan Borneo (Sarawak)

Petronas Dagangan sasar buka 100 kafe mini ‘Grab to Go’ menjelang awal 2018

-

PUTRAJAYA: Petronas Dagangan Bhd (PetDag) menyasarka­n untuk membuka 100 lagi kafe mini atau kedai konsep pembelian makanan secara ‘Grab to Go’ di rangkaian stesen minyak Petronas di seluruh negara menjelang awal tahun depan.

Ini sejajar langkah syarikat itu memulakan pelan pengembang­an secara agresif bagi memenuhi keperluan generasi muda.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Mohd Ibrahimnud­din Mohd Yunus berkata kedai serbaneka sehenti Mesra yang kini dalam proses penambahba­ikan secara berperingk­at, akan menumpukan keperluan dan pilihan kalangan penduduk bandar.

Sehubungan itu, katanya, PetDag kini dalam perbincang­an untuk mengenal pasti pakatan strategik bagi mempelbaga­ikan tawarannya di stesen-stesen minyak itu.

Antara rakan sajian makanan dan minumannya ketika ini ialah McDonald’’s, Starbucks, Dunkin’’ Donuts, Baskin Robbins, Rotiboy, Kaya Kopitiam, Kayu Nasi Kandar, Hot & Go dan Asa Damai Cafe.

“Di Petronas, kami mengalu-alukan kehadiran pelbagai syarikat atau usahawan. Apa yang penting, tumpuan utama kami adalah keinginan dan cita rasa pelanggan di stesenstes­en minyak kami.

“Kami mahu menyediaka­n segalanya daripada keperluan mengisi minyak, membeli barangan, perbankan, menikmati kopi atau sebagai tempat berkumpul dengan rakan dan keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian a’’rooma - kafe berasaskan gaya hidup kontempora­ri milik Deluxe Merchant Sdn Bhd di Stesen Petronas di Precinct 16, di sini, kelmarin.

Kafe itu dirasmikan oleh Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), Tan Sri Mohd Ali Rustam.

Mengulas lanjut, Mohd Ibrahimnud­din berkata pakatan strategik antara PetDag dan Deluxe Merchant itu disasar menyajikan menu makanan dan minuman berkualiti dalam suasana serba selesa.

Beliau berkata, PetDag akan turut melakukan usaha pengubahsu­aian kira-kira 750 Kedai Mesra daripada 1,000 stesen minyak di seluruh negara yang membabitka­n pelaburan RM100,000 hingga RM200,000 bergantung kepada keperluan pelanggan dan kedai tersebut.

“Usaha itu telah dimulakan pada tahun lepas dan diharapkan 25 outlet di stesen minyak akan siap menjelang pertengaha­n tahun ini dan menepati standard diingini pemilik kedai.

“Kami juga menyediaka­n sudut khas bagi mempromosi dan menjual produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang merupakan antara cara Petronas membantu PKS,” katanya.

Sementara itu, Mohd Ali menyifatka­n kesudian Petronas bekerjasam­a dengan Deluxe Merchant merupakan satu pengiktira­fan kepada usahawan tempatan.

Malah, ini dapat memastikan kejayaan pakatan itu tidak hanya di Malaysia tetapi turut dikembangk­an ke rantau ASEAN dan peringkat global, katanya.

Beliau berkata, PUNB turut meluluskan pembiayaan sebanyak RM2.5 bilion kepada 6,000 usahawan dalam syarikat itu sejak penubuhann­ya pada 1992 sehingga sekarang.

“Setakat hari ini, kami menyalurka­n pinjaman sebanyak RM100,000 hingga RM500,000 kepada 120 stesen Petronas,” katanya.

Setiap peminjam itu juga berjaya melunaskan pinjaman masing-masing.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Deluxe Merchant, Datin Azreen Abu Noh berkata outlet kedua a’’rooma berasaskan konsep kafe mini itu dibuka di Stesen Petronas ( Lebuhraya) Penchala Link.

Syarikat itu juga menyasarka­n untuk membuka lapan lagi outlet sama di Stesen Petronas Lembah Klang dari semasa ke semasa.

Kafe a’’rooma menyajikan makanan premium menyamai masakan di rumah dan tanpa perisa tiruan seperti kek, piza, minuman latte dalam botol pada harga serendah RM3.50 hingga RM15. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIRASMI: Mohd Ali (tiga kiri) bersama Azreen dan Mohd Ibrahimnud­din merasmikan pembukaan ‘Kafe a”rooma’ di Stesen Minyak Petronas Presint 16, Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama DIRASMI: Mohd Ali (tiga kiri) bersama Azreen dan Mohd Ibrahimnud­din merasmikan pembukaan ‘Kafe a”rooma’ di Stesen Minyak Petronas Presint 16, Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia